Berita Harian

TIDUR CUKUP SERLAHKAN KECANTIKAN

TIDUR mencukupi pasti membuatkan kita lebih segar, sekali gus meredakan tekanan perasaan sama ada akibat masalah di tempat kerja mahupun peribadi.

-

Setiap individu dewasa memerlukan tidur sekitar tujuh hingga lapan jam sehari bagi memberi masa kepada semua otot badan dan minda yang terlalu banyak berfungsi untuk berehat.

Tidur yang mencukupi juga tidak hanya baik untuk kesihatan, malah menyerlahk­an kecantikan secara semula jadi.

Berikut antara kelebihan tidur malam mencukupi:

1

Tidur mampu meningkatk­an pemikiran dan memori dengan adanya rehat mencukupi. 2

Jika anda berfikir mengenai diet menurunkan berat badan, perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah waktu tidur kerana ia juga mempengaru­hi bentuk badan seseorang.

Kajian di Universiti Chicago menunjukka­n individu yang mendapat tidur mencukupi lebih mudah menurunkan berat badan berbanding individu yang tidur secara tidak teratur. 3 Tekanan yang tidak dikawal dengan baik menyebabka­n seseorang itu berisiko menghidap penyakit jantung.

Dengan tidur mencukupi, ia sedikit sebanyak dapat mengurangk­an tekanan, sekali gus mengurangk­an risiko sesetengah jenis penyakit. 4

Tidur yang tidak teratur atau kurang tidur juga mengakibat­kan seseorang itu mungkin terganggu tumpuannya sama ada di tempat kerja mahupun ketika memandu.

Kurang tidur boleh mengakibat­kan seseorang itu mudah berasa penat manakala tumpuan sering terganggu yang akhirnya mengundang risiko kemalangan di tempat kerja mahupun di jalan raya. 5

Hakikatnya, seseorang yang cukup tidur akan kelihatan sentiasa segar dan gembira.

Tidur yang cukup dalam tempoh tujuh hingga lapan jam sehari juga membuatkan individu itu berasa riang dan terhindar daripada kemurungan. 6 Rehat mencukupi bukan saja mampu melegakan diri daripada tekanan, malah ia antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangk­an risiko penyakit.

Disiplin diri yang teratur iaitu dengan makan, bersukan dan tidur mencukupi membantu penjagaan kesihatan diri. 7

Sesiapa saja akan tersenyum apabila memiliki waktu tidur yang cukup. Ia ternyata menyihatka­n, malah menyerlahk­an kecantikan secara semula jadi dan mengurangk­an kesan kedutan pada mata akibat masalah kurang tidur.

Tetapkan waktu tidur anda sebaikbaik­nya dan pasti anda memiliki perasaan gembira yang dapat menyerlahk­an kecantikan dalaman anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia