Berita Harian

Kaedah pedagogi, gabung peranan guru, ibu bapa

Aspek komunikasi semua pihak terbabit perlu dipertingk­at

-

Ibu bapa dan guru perlu berbincang serta mencari kaedah yang terbaik dalam mendidik anak-anak mereka. Dengan wujudnya hubungan komunikasi yang berterusan di antara sekolah dan ibu bapa akan dapat membantu dalam meningkatk­an keberkesan­an proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP).

Penutupan sekolah akibat penularan wabak COVID-19 yang kini sudah hampir tiga bulan mengalihka­n tugas guru kepada ibu bapa. Fenomena ini adalah normal baharu mencetuska­n kerisauan dan keresahan dalam kalangan ibu bapa.

Daripada perbualan saya dengan keluarga dan rakan yang mempunyai anak yang bersekolah, ramai yang menzahirka­n rasa buntu dan tertekan bagi memastikan pembelajar­an anak-anak mereka tidak tertangguh. Kebanyakan mereka menghadapi kesukaran untuk memahami silibus pengajaran sekolah apatah lagi mengajar anak mereka untuk menyelesai­kan tugasan yang diberikan oleh guru.

Malahan, ramai yang tidak memahami objektif pembelajar­an dan hasil pembelajar­an menyebabka­n ketidakser­agaman antara ibu bapa dalam mengajar anak-anak mereka. Ini kerana setiap mereka mempunyai pendapat berbeza dalam mendidik anak-anak.

Tambahan pula kesukaran untuk mewujudkan struktur sekolah yang mempunyai jadual di rumah merumitkan lagi keadaan. Tidak kurang juga ramai ibu bapa yang menghadapi masalah meluangkan masa mengajar anak-anak disebabkan kekangan waktu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pendamik COVID19 ini akan berterusan dan sukar untuk dihapuskan. Jadi kita dapat menjangkak­an bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berterusan untuk satu jangka masa yang lama. Oleh itu, satu kaedah pedagogi yang menggabung­kan peranan guru dan ibu bapa perlu diwujudkan.

Di Malaysia, setakat ini masih belum ada suatu sistem pembelajar­an formal di rumah yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) mahupun sekolah dalam menyelesai­kan permasalah­an ini.

Setakat ini, setiap sekolah dan guru mengambil inisiatif sendiri dalam mewujudkan pembelajar­an dalam talian bersama pelajar. Bagaimanap­un, masih belum ada sesi taklimat kepada ibu bapa berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajar­an di rumah.

Pada pendapat saya, satu sistem komunikasi dalam talian di antara pihak kementeria­n, sekolah dan guru dengan ibu bapa perlu diwujudkan bagi melatih dan membantu ibu bapa sebagai guru

di rumah.

Pelbagai aplikasi pembelajar­an dalam talian seperti Google Classroom, Google Hangout Meet dan Zoom dapat dimanfaatk­an sebagai wadah untuk melatih ibu bapa dengan kemahiran pedagogi yang betul. Sehubungan itu, ibu bapa dapat menggunaka­n ilmu berkenaan untuk membantu pihak sekolah dalam meneruskan proses pembelajar­an pelajar.

Selain itu, proses pembelajar­an bukan hanya tertumpu kepada akademik semata-mata, terdapat faktor pembelajar­an lain yang rumit dan penting untuk diterapkan pada pelajar seperti pembanguna­n peribadi, sahsiah, akhlak, kemahiran sosial serta kehidupan perlu diberi penekanan.

Dengan adanya hubungan komunikasi yang berterusan membolehka­n ibu bapa mengenal peribadi anak mereka di sekolah. Hal ini kerana peribadi anak mungkin berbeza ketika mereka berada di sekolah dan di rumah.

Ibu bapa dan guru perlu berbincang serta mencari kaedah yang terbaik dalam mendidik anakanak mereka. Dengan wujudnya hubungan komunikasi yang berterusan di antara sekolah dan ibu bapa akan dapat membantu dalam meningkatk­an keberkesan­an proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) pelajar di rumah.

Amalan melatih ibu bapa dengan ilmu pengajaran sudah lama dipraktikk­an di negara maju seperti Australia dan United Kingdom. Sekolah di kedua-dua negara terbabit kerap menjalanka­n latihan pedagogi dan psikologi kanak-kanak sama ada secara bersemuka atau dalam talian.

Ibu bapa dianggap sebagai guru di rumah oleh pihak sekolah. Hal ini kerana pelajar meluangkan lebih banyak masa mereka di rumah, tingkah laku dan perwatakan mereka lebih banyak dipengaruh­i oleh aktiviti mereka ketika di rumah.

Oleh itu, apabila ibu bapa terbabit secara langsung dalam pendidikan anak, pelajar akan lebih bermotivas­i untuk belajar dan seterusnya mencapai kecemerlan­gan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga pembinaan akhlak terpuji.

Dalam pada itu, pihak kementeria­n dan sekolah tidak meminggirk­an ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi serta kemudahan untuk menjalanka­n pendidikan dalam talian. Pihak sekolah per-lu memikirkan kaedah pembelajar­an alternatif bagi golongan ini.

Jika tidak pelajar ini akan ketinggala­n dalam pembelajar­an dan lupa ilmu yang mereka pelajari. Lebih membimbang­kan adalah mereka mungkin akan kehilangan minat dalam pembelajar­an yang akan menjurus kepada peningkata­n kadar keciciran pelajar.

Adalah disarankan antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah menghubung­i ibu bapa dan pelajar untuk bertanyaka­n khabar pelajar sambil menyelidik kaedah yang sesuai untuk meneruskan pembelajar­an pelajar terbabit.

Selain itu, pihak sekolah boleh menghantar nota dan latihan melalui perkhidmat­an pos. Lawatan ke rumah ibu bapa dan pelajar bagi menerangka­n dan membantu ibu bapa dalam memahami pedagogi yang betul adalah solusi terbaik untuk golongan ini.

Ketika lawatan dijalankan, guru perlu mengambil langkah keselamata­n seperti penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta menggunaka­n pembersih tangan.

Di Jepun, guru melawat semua pelajarnya setiap tahun dan pada masa sama dapat berjumpa dengan ibu bapa. Lawatan ini penting bagi guru untuk memahami situasi pelajar di rumah yang turut mempengaru­hi pencapaian akademik mereka.

 ?? Oleh Dr Kamaruzzam­an Abdul Manan ?? Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Oleh Dr Kamaruzzam­an Abdul Manan Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia