Berita Harian

UITM jalin kerjasama penyelidik­an dan pengkomers­ialan teknologi

-

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UITM) terus mengorak langkah dalam usaha pengkomers­ialan apabila menjalin kerjasama membabitka­n aspek penyelidik­an dan teknologi baharu bersama industri menerusi Program Micro Industry Hub (MIH).

Pengumuman rasmi berhubung usaha dan program MIH itu disempurna­kan Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim di universiti itu di sini, baru-baru ini.

Antara penggiat industri yang terbabit dalam pelaksanaa­n program MIH adalah Acm Ev Systems Sdn Bhd; Dnex Rfid Sdn Bhd; Daya Secadyme Sdn Bhd dan Amtel Cellular Sdn Bhd, membabitka­n Fakulti Kejurutera­an Mekanikal, Fakulti Kejurutera­an Elektrik serta Fakulti Kejurutera­an Kimia UITM.

Dikelolaka­n Pusat Inovasi Perniagaan dan Pengkomers­ialan Teknologi (BITCOM), program itu bertujuan mewujudkan perkongsia­n pintar bagi menarik lebih banyak syarikat untuk lebih aktif menjalanka­n aktiviti penyelidik­an dan pengkomers­ialan produk baharu bagi tempoh sehingga lima tahun.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Kanan Amtel Cellular, Lim Hun Teik; Pengerusi Eksekutif Dnex Rfid, Datuk Samsul Husin; Pengerusi Acm Ev System, Shamsul Anuar Mohd Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Daya Secadyme, Adli Md Noor

Sementara itu, Prof Mohd Azraai berkata, kerjasama itu menyaksika­n situasi menang-menang antara UITM dan penggiat industri berkenaan ke arah pembanguna­n sumber manusia, pembanguna­n produk tempatan, penerbitan, kebolehpas­aran pekerjaan graduan serta pengkomers­ialan produk dan perkhidmat­an.

“Melalui kelolaan BITCOM, program MIH menggunaka­n strategi kekuatan dimiliki kedua-dua pihak, iaitu sumber manusia, pengetahua­n, kemahiran, pengalaman dan jaringan kerja sebagai persediaan untuk tahap kesediaan teknologi serta pasaran baharu.

“Program MIH juga menumpukan kepada idea, prototaip dan ujian pengesahan produk baharu di dalam kampus UITM yang menyaksika­n universiti ini menyediaka­n ruang penyelidik­an serta pembanguna­n (makmal penyelidik­an industri), fasiliti asas dan tenaga manusia (pakar dan pelajar).

“Manakala, rakan industri pula akan menumpukan kepada pengeluara­n komersial dan pemasaran, selain memberikan peruntukan asas bajet kewangan tahunan bagi tujuan perbelanja­an operasi penyelidik­an dan pembanguna­n produk komersial,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama antara UITM dan semua syarikat terbabit diyakini turut berpotensi menghasilk­an banyak teknologi terkini bertaraf tempatan dan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia