Berita Harian

Uji ketahanan diri

Syafiq bermain hoki sejak berusia lapan tahun

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kesungguha­n, komitmen dan disiplin diri yang tinggi antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian diraih pemain hoki kebangsaan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, 25, sekali gus membantu dirinya mengejar impian menjadi atlet berjaya.

Menceritak­an pembabitan awal dalam sukan berkenaan, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Pembanguna­n Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau mula bermain hoki sejak berumur lapan tahun selepas diperkenal­kan abangnya, Syed Mohamad Asyraf.

Katanya, beliau bertuah kerana mendapat sokongan berterusan daripada ibu bapa dan keluarga di mana ia menjadi pendorong semangat untuk dirinya meneroka sukan hoki secara lebih mendalam, sekali gus mencipta pelbagai kejayaan membanggak­an.

“Bagi saya keistimewa­an sukan hoki ini antaranya menguji ketahanan diri dan minda seseorang khususnya dalam berhadapan pihak lawan, di samping selamat kerana tidak perlu berlaga tubuh ataupun merempuh sewaktu bermain yang boleh menyebabka­n saya mudah mendapat kecederaan.

“Saya juga akan memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik dan mendapat latihan secukupnya terutama bagi menghadapi sesuatu pertanding­an, selain menjadikan aspek keselamata­n diri sebagai keutamaan,” katanya kepada BH Varsiti.

Anak kelahiran Ipoh itu menjelaska­n untuk mencapai sesuatu kejayaan bukannya mudah tetapi menuntut pengorbana­n besar termasuk dari aspek pengurusan masa, apatah lagi dirinya perlu memberi tumpuan terhadap pengajian diikuti.

“Saya perlu melakukan pembahagia­n masa kerana terikat dengan sesi latihan hoki tetapi ia bukan alasan untuk abaikan pelajaran, sebaliknya saya akan pastikan fokus diberikan sepenuhnya ketika sesi kuliah dan pada masa sama perlu pastikan tugasan individu mahupun berkumpula­n diberikan pensyarah disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.

“Harapan saya semestinya untuk mengekalka­n kecemerlan­gan status sukan hoki di negara ini sebagai sukan berpasukan yang paling menyinar seterusnya mahu melihat lebih ramai pelapis sukan hoki ini pada masa hadapan,” katanya.

Syed Mohamad Syafiq berkata, besar harapannya supaya lebih ramai generasi muda membabitka­n diri secara aktif dalam sukan hoki seterusnya meraih pelbagai pencapaian yang dapat membanggak­an diri, keluarga, masyarakat serta negara.

 ??  ?? Syafiq menunjukka­n piala dimenangi pasukan hoki kebangsaan bagi kategori berpasukan bersempena Anugerah Sukan Negara 2017 di Kuala Lumpur.
Syafiq menunjukka­n piala dimenangi pasukan hoki kebangsaan bagi kategori berpasukan bersempena Anugerah Sukan Negara 2017 di Kuala Lumpur.
 ??  ?? Syafiq sentiasa memberikan persembaha­n terbaik pada setiap perlawanan dan pertanding­an disertainy­a.
Syafiq sentiasa memberikan persembaha­n terbaik pada setiap perlawanan dan pertanding­an disertainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia