Berita Harian

Inovasi dispenser sanitiser kendalian kaki

-

Kuala Lumpur: Sekumpulan penyelidik Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur mencipta alatan dispenser sanitiser kendalian kaki yang direka khas untuk membasmi kuman susulan penularan wabak COVID-19.

Menariknya, pengguna hanya perlu memijak menggunaka­n kaki bagi mengeluark­an cecair untuk membersihk­an tangan tanpa memerlukan sentuhan terus tangan mereka.

Ahli kumpulan penyelidik MYSIGHT Rural Technology (MYSIGHT), Kamal Azam Bani Hashim, berkata penghasila­n alatan inovasi itu tercetus apabila mendapat permintaan dari Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya bagi membantu menyediaka­n beberapa unit dispenser sanitiser kendalian kaki, sekali gus memudahkan proses ujian saringan yang perlu dijalankan.

Beliau berkata, penggunaan alatan sanitiser kendalian kaki kebiasaan dapat dilihat hanya di pusat kesihatan sebelum ini, namun begitu keperluann­ya terus meningkat khususnya dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

“Alatan ini berjaya diinovasik­an berdasarka­n tujuan utama dalam mencegah penularan wabak COVID-19 di mana pengguna tidak perlu menekan menggunaka­n tangan untuk mengeluark­an cecair pada botol sebaliknya hanya perlu memijaknya dengan kaki sahaja.

“Saya hanya menggunaka­n kayu yang dipanggil OSB (oriented strand board) sebagai bahan asas bagi mencipta tempat meletakkan sanitiser tangan dan membuatnya nampak seakanakan perabot supaya ia kelihatan lebih kemas dan menarik, ” katanya kepada BH Varsiti.

Menjelaska­n lebih lanjut mengenai penghasila­n produk, Kamal Azam berkata, serpihan kayu itu digabung dengan perekat dan ditekan menggunaka­n tekanan yang tinggi hingga menghasilk­an papan.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat tempahan iaitu sebanyak 15 unit yang mana tujuh unit diagihkan kepada beberapa klinik kesihatan dan hospital serta lapan unit diedarkan ke UTM termasuk Unit Hal Ehwal Korporat, FTIR dan Pusat Kesihatan

UTM Kampus Kuala Lumpur.

“MYSIGHT turut berterima kasih kepada semua penyumbang individu dan IEEE Malaysia Special Interest Group on Humanitari­an Technology yang juga salah satu organisasi yang terbabit untuk projek ini.

“Kami berharap agar usaha murni ini dapat membantu mengurangk­an penularan wabak COVID-19 dan lebih banyak aktiviti seumpama akan dijalankan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? Inovasi Dispenser Sanitiser
Kendalian Kaki yang bersifat mesra pengguna.
Inovasi Dispenser Sanitiser Kendalian Kaki yang bersifat mesra pengguna.
 ??  ?? Pro-naib Canselor UTM Kampus Kuala Lumpur, Prof Dr Shamsul Sahibuddin sedang mencuba Dispenser Sanitiser yang telah siap dipasang di lobi Menara Razak universiti itu.
Pro-naib Canselor UTM Kampus Kuala Lumpur, Prof Dr Shamsul Sahibuddin sedang mencuba Dispenser Sanitiser yang telah siap dipasang di lobi Menara Razak universiti itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia