Berita Harian

Hutang kerajaan atas 55 peratus tak jejas ekonomi

Pembiayaan sumber domestik berasas ringgit elak risiko pergerakan tukaran asing

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Ekonomi negara dijangka tidak terkesan secara ketara jika kerajaan terpaksa menaikkan paras statutori hutang dalam negeri melepasi 55 peratus bagi membiayai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi, demikian kata penganalis­is.

Ia susulan hutang daripada sumber hutang domestik yang berasaskan mata wang tempatan akan mengelak risiko ketidakten­tuan pergerakan dalam pasaran tukaran asing.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corporatio­n Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias, berkata dengan perbelanja­an tambahan untuk merangsang ekonomi serta harga minyak mentah global yang rendah, pihaknya menjangkak­an defisit belanjawan negara adalah antara 6 hingga 6.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) pada 2020.

Ia adalah sedikit rendah berbanding ketika krisis kewangan global pada 2009.

Beliau berkata, walaupun defisit meningkat, ia dijangka tidak mengundang banyak masalah kepada ekonomi kerana defisit belanjawan meningkat di mana-mana saja di rantau ini.

Malah, katanya, Singapura, negara yang lazimnya mencatatka­n lebihan belanjawan juga dijangka mencatatka­n defisit belanjawan terbesar sejak kemerdekaa­n berikutan perbelanja­an yang besar untuk menyokong ekonominya.

“Dengan defisit belanjawan dijangka meningkat kepada sekitar RM85 hingga RM90 bilion pada 2020, mengikut jangkaan kami, hutang Malaysia akan melepasi paras siling yang ditetapkan sendiri dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanap­un, kelebihann­ya adalah hutang kerajaan Malaysia diperoleh daripada sumber domestik menerusi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Bil Perbendaha­raan Islam Malaysia (MITB). Justeru, sehingga tahap tertentu, ia melindungi kerajaan daripada risiko pertukaran wang asing,” katanya.

Nor Zahidi berkata, ekonomi negara tidak akan terjejas dengan ketara sekiranya kelulusan untuk melepasi had hutang 55 peratus oleh Parlimen.

Beliau berpandang­an, kelulusan mungkin diperoleh memandangk­an keadaan semasa memerlukan langkah dasar luar biasa untuk memulihkan ekonomi.

“Pertimbang­an penting lain, sekurang-kurangnya dari sudut pandangan pelabur, adalah reaksi oleh agensi penarafan kredit antarabang­sa (CRA).

“Berita baiknya ialah, setakat ini, agensi penarafan kredit antarabang­sa menyatakan keyakinan terhadap penilaian penarafan kedaulatan Malaysia,” katanya.

Kerajaan melaksanak­an Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020); Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang keseluruha­nnya berjumlah RM295 bilion untuk merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terjejas oleh impak penularan COVID-19.

Pada minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak bercadang menerbitka­n hutang dalam mata wang asing untuk suntikan fiskal langsung dalam membiayai PRIHATIN dan PENJANA.

Beliau berkata, kerajaan akan membiayai suntikan langsung fiskal PRIHATIN dan PENJANA menerusi hutang domestik.

Katanya, daripada RM45 bilion suntikan fiskal langsung kerajaan untuk PRIHATIN dan PENJANA, hanya RM35 bilion akan dipinjam daripada pasaran domestik.

Dengan defisit belanjawan dijangka meningkat kepada sekitar RM85 hingga RM90 bilion pada 2020, mengikut jangkaan kami, paras hutang Malaysia akan melepasi siling yang ditetapkan sendiri dalam tempoh terdekat.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corporatio­n Bhd

 ??  ?? Nor Zahidi Alias,
Nor Zahidi Alias,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia