Berita Harian

HOC mampu tangani kemerosota­n jualan hartanah

-

Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang digariskan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dapat mengurangk­an impak penurunan jualan hartanah yang ketara pada separuh pertama 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19, kata UOB Kay Hian.

Selain itu, kerajaan mengumumka­n dua langkah lain bagi melengkapi HOC berkenaan pengecuali­an Cukai Keuntungan Hartanah (RGPT) dan pemansuhan had nisbah pinjamanke­pada-nilai.

“Kami percaya kemerosota­n jualan hartanah pada separuh kedua 2020 (2H20) dapat dihadkan hasil tindakan memperkena­lkan semula HOC.

“Mengikut maklumat saluran kami, kebanyakan pemaju mula menerima pertanyaan daripada kalangan pembeli yang berpotensi, khususnya segmen hartanah primer.

“Walaupun HOC pada masa ini kelihatan sama seperti HOC pada 2019, kami berpendapa­t impaknya mungkin tidak besar berikutan tindakan pihak bank yang lebih memperhalu­si permohonan pinjaman pembeli bekerja dalam sektor terjejas akibat COVID19 seperti hospitalit­i dan pelanconga­n,” katanya dalam nota penyelidik­annya semalam.

UOB Kay Hian berkata, tindakan kerajaan mengecuali­kan RPGT itu akan membantu pemilik yang yang berhasrat menjual hartanah mereka dengan RPGT sebelum ini dimasukkan dalam harga jualan.

“Kami juga positif terhadap pemansuhan had nisbah pinjaman-kepada-nilai sebanyak 70 peratus bagi pembelian oleh pihak ketiga dan memberi fleksibili­ti

Kempen

ketara dari segi pembiayaan,” katanya.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jualan hartanah di bawah UOB Kay Hian susut sekurang-kurangnya 25 peratus bagi sukuke-suku berbanding penurunan 14.3 peratus nilai transaksi setakat suku pertama tahun ini.

Ia juga percaya sebahagian besar pemaju tidak akan membuat pelancaran hartanah baharu bagi tahun ini kerana lebih menumpukan usaha menjual unit sedia ada.

Malah, menurut NAPIC, pelancaran unit baharu itu berkuranga­n sejak 2018 dan susut 9.2 peratus tahun-ke-tahun kepada 59,968 unit pada 2019.

Dalam pada itu, mengulas Belanjawan 2021, UOB Kay Hian agak positif terhadap harapan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang membabitka­n saranan seperti pinjaman, meningkatk­an skim sewa beli dan lanjutan tempoh pinjaman yang dapat membantu memacu jualan hartanah mulai 2021.

 ??  ?? Pemilikan Rumah mampu rancakkan semula jualan hartanah.
Pemilikan Rumah mampu rancakkan semula jualan hartanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia