Berita Harian

Kewangan Islam dijangka cecah RM3 trilion tahun ini

Dana patuh syariah pamer pertumbuha­n menggalakk­an, raih RM170B sehingga Mac

-

Sektor kewangan Islam Malaysia dijangka mengekalka­n pertumbuha­n dua digit sehingga mencecah hampir RM3 trilion pada tahun ini di bawah Pelan Induk Pasaran Modal Kedua, kata Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pengerusi Bursa Malaysia Bhd berkata, industri dana Islam negara telah mempamerka­n pertumbuha­n yang memberangs­angkan.

Setakat Mac tahun ini, dana syariah bernilai RM170 bilion mewakili 23 peratus daripada jumlah industri aset di bawah pengurusan (AUM) sementara nilai aset bersih unit (NAV) dana amanah syariah berjumlah RM99 bilion mewakili kira-kira 23 peratus daripada keseluruha­n industri NAV.

“Promosi berterusan oleh industri pengurusan aset dapat membantu menyumbang kepada kesedaran yang lebih besar mengenai pelaburan syariah kepada sekumpulan pelabur yang lebih luas.

“Terdapat peluang yang lebih jauh untuk inovasi dan pengembang­an produk bagi menyediaka­n rangkaian produk berasaskan syariah yang lebih meluas untuk industri ini,” kata Abdul Wahid dalam ucap tama pada Persidanga­n Maya Pelaburan Shariah 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Malaysia diakui semua sebagai yang paling hadapan dalam kewangan Islam, menjadi peneraju dalam mempromosi­kan cadangan yang bertanggun­gjawab secara sosial berdasarka­n nilai bersama dengan kewangan Islam.

Negara ini adalah pasaran ketiga terbesar bagi produk kewangan Islam global dan penerbit sukuk terbesar di dunia.

Pada 2019, Malaysia menduduki tempat pertama dari segi dana Islam AUM dengan 34 peratus penguasaan global, kata Wahid.

Bursa Malaysia, katanya juga berjaya mengukuhka­n kedudukan sebagai pemimpin global untuk penyenarai­an dan pelaburan syariah.

“Bursa Malaysia-i, platform pelaburan patuh syariah kami yang lengkap (end-to-end) menawarkan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmat­an penyenarai­an, perdaganga­n, penjelasan, penyelesai­an dan penyimpana­n. Bursa Malaysia-i disokong oleh 16 broker Islam,” katanya.

Setakat Mei 2020, sebanyak 732 daripada 932 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, atau 79 peratus adalah patuh syariah, dengan permodalan pasaran syariah merangkumi 70 peratus daripada jumlah permodalan pasaran sebanyak RM1.6 trilion, kata Abdul Wahid.

Nilai purata perdaganga­n harian sekuriti patuh syariah menguasai 70 peratus daripada keseluruha­n jumlah purata harian (ADV) sebanyak RM2.8 bilion dengan indeks syariah secara konsisten mengatasi rakan konvension­al sejak 10 tahun lalu, kata beliau.

“Indeks Shariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, yang terdiri daripada 30 syarikat patuh syariah terbesar di Indeks EMAS FTSE Bursa Malaysia, secara konsisten mengunggul­i FTSE Bursa Malaysia KLCI, berkembang sekitar 32 peratus antara 2010 dan Mei 2020.

“Fakta ini menunjukka­n bahawa pelaburan patuh syariah adalah sumber nilai menarik bagi pelabur,” tambahnya.

Promosi berterusan oleh industri pengurusan aset dapat membantu menyumbang kepada kesedaran yang lebih besar mengenai pelaburan syariah kepada sekumpulan pelabur yang lebih luas.

Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bursa Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia