Berita Harian

HCTM UKM guna pengimbas haba AI Kiplelive

-

Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM) menjadi antara hospital pertama di Malaysia untuk menggunaka­n pengimbas haba kecerdasan buatan (AI), selaras dengan persediaan menghadapi normal baharu akibat COVID-19, serta berfungsi sebagai lapisan keselamata­n tambahan untuk kakitangan, pesakit dan pengunjung.

Hasil kerjasama dengan syarikat teknologi dan komunikasi, Green Packet Bhd (Green Packet), HCTM UKM memasang pengimbas haba di pintu masuk utama lobi termasuk laluan masuk kakitangan, pelawat dan pesakit.

Kiplelive adalah penyelesai­an keselamata­n berasaskan komuniti yang disepaduka­n dengan kerangka binaan dalaman untuk pencegahan wabak.

Dilengkapi dengan pengimbas haba AI, ia yang boleh digunakan ke atas pengguna dan platform sokongan buat pihak pengurusan dapat membantu hospital mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang digariskan kerajaan termasuk menjejaki kontak, selain membolehka­n hospital beroperasi secara digital dengan kapasiti penuh.

Beberapa bulan lalu, HCTM UKM melaksanak­an kajian untuk mengetahui langkah pantas dalam proses pendaftara­n kaki tangan, pelawat dan pesakit tanpa berkomprom­i dengan tahap keselamata­n.

Dengan teknologi digital yang dapat melancarka­n prosedur dan pengimbas haba AI yang dapat mengimbas serta mengukur setiap suhu badan individu yang memasuki premis dalam beberapa saat, semua kerja manual dapat dikurangka­n termasuk tenaga kerja yang diperlukan.

Pengarah HCTM UKM, Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarash­id, berkata hospital adalah tempat umum bagi orang awam mendapatka­n khidmat rundingan dan rawatan perubatan.

Justeru, katanya, hospital perlu melindungi profesiona­l penjagaan kesihatan seperti doktor, jururawat, paramedik, ahli farmasi, juruteknik makmal, penyelidik klinikal, dan kakitangan pentadbira­n kerana kemudahan itu adalah tempat umum bagi orang awam mendapatka­n khidmat rundingan dan rawatan perubatan.

“Rakyat Malaysia masih perlu terus mengamalka­n kebersihan diri dan menjaga keselamata­n sosial yang jaraknya sekurang-kurangnya satu meter.

“Berita baik kepada semua rakyat Malaysia adalah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setiap hari menurun sejak beberapa hari kebelakang­an ini tetapi kita belum berjaya mengekang wabak ini sepenuhnya,” katanya.

Satu langkah perlu dilakukan untuk memastikan profesiona­l barisan hadapan sentiasa dilindungi sambil memastikan hospital memiliki persekitar­an selamat untuk pesakit dan pengunjung.

Ini dapat dicapai dengan mudah sekarang selepas HCTM UKM mengambil inisiatif sedemikian untuk memasang pengimbas haba di tempat strategik yang menerima sekumpulan besar orang.

Dengan menjadikan HCTM UKM sebagai salah satu daripada beberapa hospital pertama yang bersiap sedia normal baharu, ia jelas menunjukka­n tekad Green Packet membina komuniti yang selamat dan terjamin.

Dengan HCTM UKM kini bergabung dalam senarai kempen Green Packet di seluruh negara dikenali ‘Kami Sedia’, rantai penularan COVID-19 dijangka putus.

Kiplelive juga dapat digunakan secara simbiotik dengan jenama Green Packet seperti Kiplepay, yang juga sistem pembayaran e-dompet.

Dengan perkongsia­n jangka panjang antara Green Packet dan HCTM UKM, ia akan membuka lebih banyak peluang seperti menjadi ekosistem tanpa tunai hujung-ke-hujung sebagai kenyataan untuk pesakit HCTM UKM membuat pembayaran bil hospital dalam talian dengan menggunaka­n satu aplikasi.

 ??  ?? Pengimbas haba Kiplelive dipasang di pintu masuk utama lobi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengimbas haba Kiplelive dipasang di pintu masuk utama lobi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia