Berita Harian

Huawei Matepad Pro 5G lebih berprestas­i

Tablet tawar teknologi, inovasi sesuai gaya hidup moden

-

Huawei memperkena­lkan tablet Huawei Matepad Pro 5G, peranti dikuasakan set cip Kirin 990 5G.

Pengarah Pemasaran Perniagaan Komputer Peribadi dan Tablet Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Cheng Lei, berkata Huawei Matepad Pro 5G menawarkan tahap prestasi 30 peratus lebih baik berbanding Matepad Pro.

Katanya, Huawei Matepad Pro 5G hadir dengan rekaan lebih elegan termasuk pelindung belakang peranti kulit Vegan yang menampilka­n ciri eksklusif dan mewah.

“Peranti ini adalah tablet dengan paparan penuh pertama di dunia yang direka dengan kelajuan muat turun video 10 kali lebih pantas (berbanding set cip Kirin 990), permainan 71 peratus lebih lancar dan kelajuan ujian 10 kali lebih pantas.

“Huawei Matepad Pro 5G akan menepati gaya hidup masa kini kerana kami menawarkan peranti yang mementingk­an rekaan, teknologi dan inovasi dalam setiap ciptaan,” katanya pada sidang media maya yang turut disertai beberapa media dari rantau ini, baru-baru ini.

Huawei Matepad Pro 5G hadir dengan paparan penuh membabitka­n nisbah 90 peratus skrin-kepada-badan dan sistem warna DCI-P3 Color Gamut yang memaparkan secara lebih terperinci setiap imej.

Peranti dengan berat 492 gram turut memiliki ciri penyelesai­an penyejukan grafit 3D ultra nipis pertama di dunia yang meningkatk­an prestasi 30 peratus lebih baik berbanding Matepad Pro.

Dua komponen utama yang akan melengkapk­an Huawei Matepad Pro 5G adalah papan kekunci magnetik pintar dan Huawei M-pencil yang dijual secara berasingan.

Menyentuh mengenai papan kekunci magnetik pintar, komponen dengan sistem pengecasan tanpa wayar ini bersaiz 1.3 milimeter yang sangat sesuai untuk melengkapk­an perjalanan anda tanpa perlu melupakan sebarang urusan penting yang harus diselesaik­an segera.

Papan kekunci ini bukan hanya padan dengan peranti, malah ia cukup menyenangk­an pengguna dengan padanan automatik apabila hendak digunakan, selain sokongan sudut kecondonga­n 60/70 darjah yang dianggap cukup ideal.

Mengenai prestasi Huawei M-pencil pula, komponen ini memiliki sensitivit­i tekanan sehingga paras 4,096, pengecas tanpa wayar dan penulisan

Peranti ini adalah tablet dengan paparan penuh pertama di dunia yang direka dengan kelajuan muat turun video 10 kali lebih pantas (berbanding set cip Kirin 990), permainan 71 peratus lebih lancar dan kelajuan ujian 10 kali lebih pantas.

Cheng Lei,

tanpa kesilapan.

“Huawei Matepad Pro 5G menawarkan nilai tambah kepada pengguna dengan ketersambu­ngan 5G,” tambah Lei.

Huawei Matepad Pro 5G ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu forest green untuk mereka yang elegan, sementara pilihan orange bagi mereka yang sentiasa ceria.

 ??  ??
 ??  ?? Huawei Matepad Pro 5G.
Huawei Matepad Pro 5G.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia