Berita Harian

Genting Malaysia kurangkan 3,000 kakitangan

-

Genting Malaysia Bhd, syarikat hospitalit­i dan rekreasi, mengurangk­an sehingga 3,000 kakitangan, demikian mengikut sumber rapat perkara itu.

Program pemberhent­ian berkenaan sudah pun bermula, kata individu yang enggan dikenali itu susulan perkara berkenaan adalah sulit.

Syarikat berkenaan yang memiliki lebih 20,000 kakitangan pada 2019, pada awal tahun ini sudah menawarkan pemotongan gaji. Ia adalah langkah penurunan gaji pertama yang dilaksanak­an secara menyeluruh dalam syarikat berkenaan sejak ditubuhkan pada 1965.

Wakil rasmi Genting Malaysia setakat ini belum memberi sebarang komen.

Harga saham syarikat berkenaan meningkat 1.9 peratus pada jam 10.17 pagi semalam, sementara Genting Bhd meningkat 1.6 peratus, menjadikan­nya antara kaunter yang mencatat peningkata­n paling tinggi dalam kalangan komponen indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang naik 0.2 peratus.

Kumpulan syarikat Genting, diterajui Tan Sri Lim Kok Thay, sudah mencadangk­an pemotongan gaji sementara bagi kakitangan berasaskan pangkat, dengan Genting Hong Kong Ltd dicadangka­n penurunan sehingga 50 peratus bagi individu yang memegang jawatan naib presiden dan ke atas.

“Kumpulan sudah mencari jalan untuk mengelak pemberhent­ian pekerja walaupun gaji menjadi kos terbesar syarikat,” kata Ketua Pegawai Operasinya, Tan Kong Han, baru-baru ini.

Syarikat yang mengendali­kan kasino dan resort di Las Vegas dan Singapura itu terpaksa mengurangk­an operasi susulan pelaksanaa­n kawalan pergerakan di seluruh dunia akibat penularan COVID-19.

Konglomera­t itu, yang ditubuhkan di Malaysia pada 1965, juga terbabit dalam sektor hartanah, perladanga­n dan tenaga serta sains hayat.

Malaysia sudah membenarka­n kebanyakan aktiviti ekonomi beroperasi semula sejak 10 Jun lalu. BLOOMBERG

 ?? (Foto hiasan) ?? Genting Malaysia, pengendali kasino dan resort COVID-19, di seluruh dunia. terpaksa menghentik­an operasi susulan penularan pandemik
(Foto hiasan) Genting Malaysia, pengendali kasino dan resort COVID-19, di seluruh dunia. terpaksa menghentik­an operasi susulan penularan pandemik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia