Berita Harian

Momentum belian pacu indeks

Pasaran tempatan ditutup tinggi seiring prestasi serantau

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam berikutan peningkata­n momentum belian, seiring dengan pasaran serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.61 mata atau 0.57 peratus untuk ditutup pada 1,526.32 semalam, berbanding 1,517.71 pada penutup kelmarin.

Indeks itu dibuka 10.27 mata lebih tinggi kepada 1,527.98 dan berlegar antara paras 1,510.71 dan 1,528.63 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruha­n suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 562 berbanding 439, manakala 380 kaunter tidak berubah, 536 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 7.55 bilion saham bernilai RM3.82 bilion berbanding 7.97 bilion saham bernilai RM4.14 bilion pada Rabu.

Ketua Pakar Strategi Global Axicorp, Stephen Innes, berkata wujud kebimbanga­n mengenai penularan semula COVID-19, namun pasaran akan membuat penelitian dan dijangka tidak akan ada satu lagi sekatan pergerakan global berdasarka­n kemerosota­n kewangan dari fasa pertama.

“Bagaimanap­un, risiko pulih disokong prospek lebih banyak rangsangan dari China yang dijangka merendahka­n nisbah keperluan rizabnya dan kemungkina­n kadar faedah yang lebih rendah pada akhir bulan ini yang memberi manfaat kepada sentimen pasaran saham serantau,” katanya.

Innes berkata, risiko itu dijangka dihadkan sehingga jumlah kes COVID-19 mula menyusut kembali.

Pada peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.71 peratus kepada 2,671.04, Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 0.56 peratus kepada 24,481.41 dan Nikkei Jepun turun 0.56 peratus kepada 22,455.76.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.77, Public Bank meningkat 54 sen kepada RM16.96, Maxis menambah 14 sen kepada RM5.45, MISC tidak berubah pada RM8.14, TNB jatuh 12 sen kepada RM11.88, Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM6.50 dan IHH Healthcare turun empat sen kepada RM5.39.

Dalam kalangan kaunter aktif, Mtouche naik satu sen kepada lapan sen, KNM meningkat 1.5 sen kepada 24.5 sen, Netx dan Lambo masing-masing kekal pada satu sen dan dua sen, AT Systematiz­ation turun 1.5 sen kepada 13 sen dan Ucrest jatuh empat sen kepada 17 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 56.43 mata kepada 10,724.37, Indeks FBMT 100 meningkat 52.64 mata kepada 10,580.71 dan FBM 70 36.27 mata lebih tinggi kepada 13,115.35.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 11.22 mata kepada 12,113.74 dan FBM ACE naik 83 mata kepada 5,980.13.

Mengikut sektor, Indeks Produk kata penganalis­is.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.2780/2830 daripada paras penutup 4.2700/2790.

Jabatan Perangkaan dalam Perangkaan Utama Tenaga Buruh Malaysia bagi April, 2020 baru-baru ini melaporkan kadar penganggur­an meningkat kepada 5.0 peratus apabila jumlah penganggur melonjak 48.8 peratus kepada 778,800 orang berbanding setahun lalu.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penutupan operasi kebanyakan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutka­n sehingga April 2020, menyebabka­n kehilangan pekerjaan dan pencari kerja sukar untuk mendapat kerja.

Beliau berkata, populasi pekerja susut 156,400 orang (-1.0 peratus) tahun ke tahun kepada 14.93 juta orang pada April.

Dari sudut politik, penganalis­is itu berkata, berita bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbang mengadakan pilihan raya mengejut, kemungkina­n pada Mac depan, untuk mendapatka­n mandat lima tahun baharu daripada rakyat, juga mempengaru­hi sentimen pelabur.

Ringgit diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen.

dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menokok 0.36 mata kepada 136.13, Indeks Perladanga­n naik 28.01 mata kepada 6,775.04 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 137.33 mata kepada 13,218.45.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun 3.91 bilion saham bernilai RM3.08 bilion daripada 4.27 bilion saham bernilai RM3.26 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 502.69 juta unit bernilai RM100.47 juta daripada 565.24 juta unit bernilai RM145.24 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE tidak berubah pada 3.13 bilion saham bernilai RM641.86 juta daripada 3.13 bilion saham bernilai RM728.32 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 512.79 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (793.88 juta), pembinaan (310.21 juta), teknologi (679.25 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (34.02 juta), hartanah (190.35 juta), perladanga­n (49.17 juta), REIT (12.42 juta), dana tertutup (485,600), tenaga (908.52 bilion), penjagaan kesihatan (54.70 juta), telekomuni­kasi dan media (266.11 juta), pengangkut­an dan logistik (75.98 juta) dan utiliti (21.71 juta). BERNAMA

FBM KLCI naik 8.61 mata

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0664/0709 daripada 3.0713/0770 dan mengukuh berbanding 5.3616/3692 daripada 5.4058/4151 berbanding pound pada Selasa.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.8033/8107 daripada 4.8388/8480 tetapi susut berbanding yen kepada 3.9844/9894 daripada 3.9765/9860. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? semalam. atau 0.57 peratus untuk ditutup pada 1,526.32
(Foto hiasan) semalam. atau 0.57 peratus untuk ditutup pada 1,526.32
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia