Berita Harian

40 juta penduduk diancam ‘kelaparan’

Amaran dikeluar susulan kematian lebih 80,000 orang di Amerika Latin, Caribbean

-

Geneva: Krisis COVID-19 global memaksa 40 juta penduduk Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Caribbean berdepan masalah keselamata­n makanan.

Sehubungan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan tindakan segera perlu diambil sebelum berlaku kebuluran.

Mengikut Program Makanan PBB, jumlah penduduk yang kelaparan meningkat daripada 3.4 juta pada awal tahun kepada 14 juta di semua 11 negara terbabit.

Pengarah Serantau Program Makanan Sedunia (WFP) di Amerika Latin dan Caribbean, Miguel Barreto, berkata jumlah itu berisiko meningkat kepada 40 juta, jika turut mengambil kira penduduk di negara menghadapi masalah keselamata­n makanan tahap sederhana.

Amaran berkenaan timbul apabila kematian akibat COVID-19 Amerika Latin dan Caribbean melepasi 80,000 orang, berdasarka­n perangkaan rasmi.

“Kami amat bimbang dengan keadaan ini, malangnya ia bukan satu berita baik apabila bercakap mengenai keselamata­n makanan.

“Ramalan kami menunjukka­n senario yang membimbang­kan, kita perlu ambil langkah segera bagi mengelakka­n krisis ini bertukar menjadi pandemik kebuluran,” katanya kepada wartawan di Geneva, menerusi sidang video dari Panama.

WFP di rantau itu beroperasi di negara ‘Koridor Kering’ Amerika Tengah iaitu El Salvador, Guatemala, Honduras dan Nicaragua.

Operasi WFP di Amerika Selatan merangkumi Ecuador, Bolivia, Peru dan Columbia, manakala di Caribbean, WFP berpangkal­an di Cuba, Republik Dominica serta Haiti.

Menurut Barreto, WFP memerlukan AS$400 juta bagi membantu wilayah berkenaan bagi tahun ini saja tetapi setakat ini tidak banyak bantuan kewangan diterima.

Katanya, tiga kebimbanga­n utama mereka adalah Haiti, Koridor Kering dan pendatang asing di Amerika Selatan.

Jumlah penduduk yang berdepan masalah makanan di Haiti saja meningkat dua kali ganda, daripada 700,000 pada Disember kepada 1.7 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia