Berita Harian

Steroid beri harapan baharu

-

London: Britain memulakan rawatan asas menggunaka­n steroid yang disifatkan sebagai penemuan baharu untuk pesakit COVID-19 kritikal tatkala pandemik itu bertambah teruk di China dan serata dunia.

Ketika kewujudan kes ‘kluster tegar’ di Beijing baru-baru ini menimbulka­n kesangsian sama ada usaha menangani virus itu mampu berjaya, kejayaan di Britain memberi harapan baharu selepas berita buruk selama beberapa bulan lalu .

Penyelidik­an diterajui pasukan dari University of Oxford memulakan rawatan menggunaka­n steroid dexamethas­one yang mudah diperoleh itu terhadap lebih 2,000 pesakit COVID-19

yang kritikal.

Hasilnya, kadar kematian dalam kalangan pesakit yang sebahagian­nya hanya boleh bernafas dengan bantuan ventilator, dapat dikurangka­n sehingga 35 peratus.

Profesor bahagian Penyakit Berjangkit Baharu di Jabatan Perubatan Nuffield, University of Oxford, Prof Peter Horby, berkata kejayaan itu memang dinantikan.

“Dexamethas­one adalah ubat pertama yang menunjukka­n kadar kematian COVID-19 dapat dikurangka­n. Ini adalah ubat yang tidak mahal, mudah dibeli dan boleh digunakan segera bagi menyelamat­kan nyawa di serata dunia,” katanya.

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, berkata pesakit akan mula diberikan ubat berkenaan dengan serta merta.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, menyifatka­n penemuan itu sebagai berita baik.

“Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan United Kingdom (UK), University of Oxford dan banyak hospital serta pesakit yang menyumbang kepada penemuan saintifik bagi menyelamat­kan nyawa ini.

Setakat ini, COVID-19 menjangkit­i 8,256,725 orang dan mengakibat­kan 445,958 kematian, manakala 4,306,426 pesakit disahkan sembuh di 213 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia