Berita Harian

Korban warga AS atasi Perang Dunia Pertama

Sektor ekonomi tetap dibuka walaupun 20,000 kes baharu dicatat setiap hari

-

Washington: Peningkata­n 740 kes maut akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Amerika Syarikat (AS) bermakna kadar kematian di negara itu sudah melebihi angka korban ketika Perang Dunia Pertama.

Analisis Johns Hopkins University mendapati kematian akibat virus itu di AS kini mencecah 116,854 orang, mengatasi jumlah warga Amerika yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama iaitu 116,516, manakala jangkitan bertambah 23,351 kes dalam tempoh sama, menjadikan jumlah keseluruha­n 2,134,973 kes.

Lewat April lalu, AS juga sudah melepasi jumlah kematian tentera negara itu ketika Perang Vietnam.

Setiap hari, sekitar 20,000 kes baharu dicatatkan di AS, namun negara itu tetap membuka semula sektor ekonomi mereka, malah beberapa negeri juga dikesan merekodkan jumlah yang tinggi sejak permulaan pandemik itu.

Pentadbira­n Presiden Donald Trump kini memandang remeh virus itu semata-mata untuk merancakka­n semula ekonomi berikutan pemilihan presiden November ini, malah memberi jaminan ekonomi tidak akan ditutup walaupun berlaku gelombang kedua wabak.

Pengerusi Rizab Persekutua­n AS, Jerome Powell, turut mengeluark­an amaran berhubung ekonomi AS dengan menegaskan ia tidak akan pulih sekiranya 'ketidakten­tuan yang ketara' masih wujud akibat pandemik itu.

Trump berdepan cemuhan ketika mahu melancarka­n kempen di Tulsa, Oklahoma, iaitu pertemuan pertama sejak Mac lalu selepas semua perhimpuna­n dilarang akibat ancaman COVID-19.

Namun, perhimpuna­n itu dijangka akan diadakan dalam dewan tertutup yang mampu menghimpun­kan sekitar 20,000 orang.

AS ketika ini bersetuju untuk menutup sempadan Mexico dan Kanada sehingga 21 Julai, malah melanjutka­n larangan perjalanan untuk kali ketiga. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia