Berita Harian

20 maut ‘bertempur’ di sempadan India-china

-

New Delhi: Sekurang-kurangnya 20 tentera terbunuh dalam satu ‘pertembung­an ganas’ dengan tentera China di wilayah sempadan dua negara terbabit.

Kedua-dua pihak menyalahka­n antara satu sama lain, mengakibat­kan ketegangan di Tibet yang dikuasai China dan wilayah Ladakh dikuasai India, sehingga mencapai tahap membimbang­kan.

Sumber tentera India memberitah­u AFP, pertembung­an itu tidak membabitka­n senjata, sebaliknya keganasan secara fizikal di mana anggota tentera terbabit dikatakan bertumbuk.

Pergaduhan seumpamany­a kerap berlaku antara negara yang berkongsi kawasan sempadan sepanjang 3,500-kilometer itu tetapi tiada yang terbunuh sejak 1975.

India pada mulanya hanya mengesahka­n tiga kematian dalam satu kenyataan kelmarin.

Bagaimanap­un, pihak tentera India kemudian melaporkan seramai 17 lagi tentera yang ditugaskan di kawasan pedalaman itu maut selepas kritikal kerana terdedah kepada suhu bawah paras beku di kawasan altitud tinggi.

China menuduh tentera India mula menyerang pegawai tenteranya dan mendakwa mereka sudah dua kali melanggar sempadan serta membuat provokasi termasuk menyerang.

Jurucakap kementeria­n luar China, Zhao Lijian, berkata peristiwa itu mengakibat­kan perbalahan fizikal yang serius membabitka­n kedua-dua pihak.

“Kami sekali lagi meminta India supaya kekal di kawasan sendiri mereka dan kawal tentera mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, jurucakap Kementeria­n Luar di New Delhi, Anurag Srivastava, menyelar tuduhan itu dan berkata pertembung­an terbabit adalah satu percubaan China untuk mengubah status quo di sempadan.

India dan China sudah lama berbalah mengenai had sempadan mereka tetapi sejak beberapa minggu lalu, ketegangan itu semakin memuncak.

Pada 9 Mei lalu, beberapa tentera India dan China cedera dalam pergaduhan dan perbuatan membaling batu di Naku La di negeri Sikkim, yang menjadi sempadan antara Bhutan, Nepal dan China.

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota polis mengawal pejabat Kedutaan China di New Delhi selepas berlaku pertembung­an di sempadan India-china mengorbank­an 20 tentera India maut.
(Foto AFP) Anggota polis mengawal pejabat Kedutaan China di New Delhi selepas berlaku pertembung­an di sempadan India-china mengorbank­an 20 tentera India maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia