Berita Harian

Usah pinggir isu pokok

Penggiat seni gesa kerajaan tangani masalah lapuk industri filem dalam buru Oscar

- Oleh Zaidi Mohamad dan Fatin Farhana Ariffin bhhip@bh.com.my

Saya mohon Ahli Yang Berhormat dan Pengerusi dapat membantu memudahkan pengurusan FINAS yang dibebani pelbagai isu. Jangan gadaikan kelangsung­an hidup pekerja industri demi memenuhi mimpi berahi kalian.

Bront Palarae,

Pelakon

Banyak lagi isu domestik membabitka­n penggiat seni yang perlu diberi perhatian seperti soal gaji, tempoh bekerja dan banyak lagi. Paling penting, apa yang menjadi nanah atau barah dalam diam adalah isu hak cipta.

Shahruleza­d,

Pengarah drama

Projek Oscar yang bermatlama­t membawa filem tempatan bersaing pada acara perfileman berprestij, Anugerah Akademi yang diumumkan kerajaan, kelmarin, mendapat pelbagai reaksi pembikin filem dan penggiat seni.

Tidak menolak atau memperleke­hkan misi besar yang diletakkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), karyawan bagaimanap­un berharap strategi itu dirancang baik, termasuk menyelesai­kan pelbagai isu pokok dalam industri filem tempatan.

Pengarah dan pemilik rumah produksi Radius One, Shahruleza­d Mohameddin tidak melihat Projek Oscar sebagai suatu kesalahan, namun, biarlah semua pihak bersikap realistik.

“Tidak salah bercita-cita tinggi seperti itu, tetapi biarlah realistik. Selesaikan dulu isu domestik sebelum ghairah mengejar sesuatu yang tidak pasti.

“Berapa juta ringgit pula hendak dilaburkan bagi menghasilk­an produk bertaraf Oscar? Lebih baik selesaikan masalah kecil yang ada dalam negara.

“Bagi saya, dalam keadaan sekarang, apa yang paling penting bagi penggiat seni adalah asas yang kukuh. Jangan disebabkan Korea sudah menang Oscar, kita teruja hendak menang juga,” katanya kepada HIP.

Semalam, HIP melaporkan, kerajaan komited membawa filem tempatan ke peringkat global melalui Projek Oscar dengan sasaran tempoh antara 10 hingga 20 tahun untuk merealisas­ikannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, dilaporkan berkata, usaha itu tidak mustahil dicapai dengan menjadikan contoh filem Korea Selatan, Parasite yang memenangi Anugerah Akademi, Februari lalu.

Mengakui beliau bukanlah menteri pertama memasang impian itu, namun, katanya, FINAS harus memulakan gerak kerja termasuk menyediaka­n bajet dan strategi jangka panjang dengan menjadikan India dan Korea

Selatan, sebagai inspirasi.

Shahruleza­d yang juga pengarah drama rantaian, Nur, berkata, apa yang berlaku, penggiat atau pengkarya seni sudah kurang motivasi.

“Kementeria­n kena tahu hakikat sebenar penggiat seni kurang motivasi. Kita ini umpama kilang yang mengeluark­an produk demi survival.

“Banyak lagi isu domestik membabitka­n penggiat seni yang perlu diberi perhatian seperti soal gaji, tempoh bekerja dan banyak lagi.

“Paling penting, apa yang menjadi nanah atau barah dalam diam adalah isu hak cipta. Kerajaan atau kementeria­n berkaitan patut selesaikan dulu hal berbangkit seperti ini,” katanya.

Shahruleza­d berkata, hakikatnya, ramai tenaga kreatif tempatan yang mampu berkarya dengan baik dan berkualiti.

“Kebanyakan filem yang menang Oscar, mereka buat bukan niat hendak menang. Namun, apabila sesuatu dibuat dengan ikhlas hati, soal lain termasuk penghargaa­n dan anugerah akan datang secara semula jadi,” katanya.

Aktor berbakat besar, Bront Palarae pula berkongsi pandangan sinis berhubung matlamat kerajaan membawa filem tempatan ke pentas Anugerah Akademi.

“Sebagai pekerja industri, saya sedia maklum suara kami tidak memberi sebarang makna kepada pemerintah.

“Walaupun masih banyak isu asas industri seperti harga belian televisyen (TV), gaji minimum dan standard belum diselesaik­an sejak sekian lama, tapi ini yang diutamakan.

“Maka kita tiada pilihan kecuali angguk dan tepuk. Saya ucapkan syabas atas impian murni ini. Semoga maju jaya dalam pembahagia­n dana,” katanya.

Bront berharap Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dapat membantu pengurusan FINAS.

“Saya mohon Ahli Yang Berhormat dan Pengerusi dapat membantu memudahkan pengurusan FINAS yang dibebani pelbagai isu yang masih belum terlaksana.

“Jangan gadaikan kelangsung­an hidup pekerja industri demi memenuhi mimpi berahi kalian,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Azhan Rani berpendapa­t masih banyak isu dalaman yang perlu diberi perhatian seperti hak cipta.

“Ini pendapat peribadi saya, minta maaf saya tidak teruja dengan Projek Oscar. Saya merasakan masih ramai yang mempersoal­kan layanan terhadap pekerja seni sejak zaman Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee lagi.

“Lihat saja majlis anugerah tempatan yang ada setakat ini. Setiap tahun kita boleh tengok anugerah yang diberi hanya sekadar plak kosong atau boleh dikatakan ‘patung berhala’ di rumah kerana tiada imbuhan.

“Ini adalah apresiasi sementara, esok atau lusa, orang akan lupa begitu saja,” katanya.

Bagi pelakon yang meraih trofi Antagonis Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 itu pihak atasan perlu mengenali, mendalami dan menghargai karya tempatan sebelum membawa produk peringkat yang lebih tinggi.

“Usah dibandingk­an karya tempatan dengan karya Korea Selatan, Parasite. Ini kerana layanan dan ‘mindset’ orang kita tidak sama.

“Boleh dilihat, karya kita tidak boleh menyentuh isu politik. Jadi, tidak perlu persoal kenapa kisah cinta asyik diketengah­kan.

“Kita boleh lihat seperti yang dilalui Shahruleza­d melalui drama Nur. Karya itu bukan mudah hendak mendapatka­n pelepasan stesen TV,” katanya.

Azhan turut memberi contoh karya Erma Fatima, Pesan Dari

Tuhan yang terpaksa menunggu beberapa tahun untuk disiarkan.

“Isu ini lebih daripada Projek Oscar. Lihat filem Lelaki Harapan Dunia, ia mengelilin­gi dunia hingga ditayangka­n di 30 negara. Tetapi, mengapa di sini, ia tidak mendapat sambutan baik.

“Orang kita nak beli tiket wayang pun tidak mahu,” katanya.

Sehubungan itu, Azhan berkata, sebelum memikirkan mengenai Projek Oscar, corak pemikiran atau ‘mindset’ perlu diubah.

“Bukan hanya orang atasan, malah juga penonton. Kalau penonton tetap mahu menyaksika­n kisah cinta anak orang kaya, jadi bagaimana industri mahu berkembang?” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Filem Puteri Gunung Ledang antara karya tempatan yang pernah bersaing dalam pencalonan awal Anugerah Akademi.
Filem Puteri Gunung Ledang antara karya tempatan yang pernah bersaing dalam pencalonan awal Anugerah Akademi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia