Berita Harian

Inteam tarik perhatian peminat Perancis, Kanada

-

Berkurung di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang Ramadan lalu, kumpulan nasyid popular, Inteam mengambil peluang menghiburk­an peminat di luar negara.

Seorang daripada anggotanya, Muhammad Hazamin Harun berkata, persembaha­n itu bagi memenuhi undangan komuniti Islam di Perancis dan Kanada.

“Inteam menerima undangan menjayakan persembaha­n secara langsung di alam maya. Persembaha­n pertama Ramadan lalu membabitka­n penonton di Perancis diikuti Kanada pada malam raya.

“Persembaha­n itu adalah sempena festival Islamik anjuran komuniti Islam di negara terbabit. Persembaha­n untuk komuniti Islam di Perancis kami lakukan secara rakaman berikutan zon masa.

“Ketika mereka live, waktu di Malaysia adalah jam 4 pagi. Jadi, kami terpaksa buat secara rakaman.

“Manakala persembaha­n di Kanada, mereka anjurkan acara pada pagi 1 Syawal. Ketika itu, Malaysia sudah malam. Jadi sesuailah kami menyanyi secara langsung,” katanya kepada HIP.

Walaupun menyanyi dalam talian, Hazamin berkata, Inteam cuba menjadikan persembaha­n mereka bertenaga sama seperti beraksi di hadapan penonton secara realiti.

“Persembaha­n kami tidak lama iaitu kira-kira 15 minit. Hanya kami dan kumpulan Raihan dari Malaysia yang diundang menjayakan persembaha­n itu.

“Selain memastikan tidak berlaku masalah teknikal dan mengekalka­n kualiti audio dan visual, kami menggunaka­n kaedah interaktif iaitu komunikasi dua hala dengan penonton melalui aplikasi Zoom.

“Penonton bukan sahaja terhibur dengan persembaha­n kami, malah berpuas hati dapat berkomunik­asi,” katanya.

Memandangk­an persembaha­n nyanyian di tempat terbuka masih belum dibenarkan, Hazamin berharap ada pihak yang boleh mengambil inisiatif menganjurk­an acara seperti itu demi membantu artis nasyid yang terjejas berikutan COVID-19.

“Mungkin selepas ini akan ada pihak yang boleh mengundang kumpulan nasyid untuk menghiburk­an tetamu melalui kaedah seperti ini.

“Dengan kemajuan teknologi dan era digital yang semakin canggih, saya fikir tiada masalah untuk kita melakukann­ya. Pada saya, artis sudah bersedia mengamalka­n normal baharu seperti ini,” katanya.

 ??  ?? Inteam penuhi undangan komuniti Islam di Perancis dan Kanada untuk menyertai persembaha­n dalam talian.
Inteam penuhi undangan komuniti Islam di Perancis dan Kanada untuk menyertai persembaha­n dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia