Berita Harian

Isyarat lima jari jadi tanda tanya

-

Alor Setar: Imej memaparkan sekumpulan pemain Kedah menunjukka­n lima jari dalam laman sosial Facebook seperti tersebar ketika ini mencetuska­n tanda tanya berkaitan isu gaji tertunggak yang masih membelengg­u skuad Lang Merah.

Menerusi foto berkenaan yang dimuat naik dalam album ujian calitan atau 'Swab Test' oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kelmarin, memaparkan foto sekumpulan pemain Kedah yang sudah melakukan ujian calitan.

Perkongsia­n gambar berkenaan menimbulka­n pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong Kedah yang membuat tafsiran masing-masing berkaitan skuad Lang Merah yang masih dibelenggu isu tunggakan gaji sejak Februari lalu.

Menerusi komen dalam media sosial, seorang peminat yang dikenali sebagai mr. Jbat turut berasa pelik apabila semua pemain menunjukka­n isyarat lima jari ketika foto dirakam dan tersebar dalam Whatsapp kelab penyokong Kedah.

“Tu pakat buat 5.. 5 bulan x bayaq gaji pa.” katanya. Luahan berkenaan adalah dalam loghat Kedah yang bermaksud isyarat lima yang ditunjukka­n itu adakah bermaksud tak bayar gaji lima bulan.

Seorang lagi penyokong Kedah dengan nama AJ turut hairan dengan isyarat yang dibuat oleh pemain Kedah pada foto ini dirakam.

“Apakah maksud lima jari yang pemain-pemain Kedah maksudkan? Ada maksud mendalam ni..” katanya.

Kes tunggakan gaji ini turut mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan peminat berikutan Kedah berisiko untuk kehilangan pemain selepas laporan seorang pemain memberi bayangan akan menamatkan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada minggu lalu.

Foto pemain Kedah menunjukka­n isyarat lima jari selepas melakukan ujian calitan yang tersebar di media sosial hingga menimbulka­n pelbagai reaksi peminat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia