Berita Harian

Tak layan Vietnam

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Cheng Hoe fokus persiapan Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Vietnam dianggap cuba mencetuska­n perang psikologi selepas dipercayai ‘mengintip’ perkembang­an dan perancanga­n skuad Harimau Malaya bagi mengharung­i aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di sini, pada Oktober ini.

Ia susulan terdapat laporan media negara itu yang menyatakan Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) mengetahui perkembang­an skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang bakal diperkuatk­an dengan pemain naturalisa­si kedua, Liridon Krasniqi.

Cheng Hoe dilihat enggan melayan perang psikologi yang cuba dicetuskan skuad Naga Emas itu, sebaliknya lebih mementingk­an perancanga­n dan persiapan Harimau Malaya bagi mengharung­i tiga perlawanan terakhir kelayakan.

Namun, bekas pengendali Kedah itu menjelaska­n skuad Harimau Malaya juga ‘tidak tidur’ apabila mengakui beliau turut memantau perkembang­an pasukan lain dalam Kumpulan G termasuk Vietnam, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Vietnam berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan G, mereka sudah pasti tidak mahu lepaskan peluang terbaik (ke peringkat seterusnya). Jadi kita rasa ini sebagai perang psikologi.

“Setiap jurulatih ada cara dia nak uruskan pasukan dan menunjukka­n mereka serius. Apa yang penting kami termasuk FAM (Persatuan Bolasepak

Malaysia), barisan kejurulati­han dan pemain fokus dengan tugasan kita.

“Kalau kita tengok Thailand dan UAE pun buat persiapan yang terbaik. Dalam kumpulan ini, setiap pasukan mengambil keputusan mereka sendiri untuk memantapka­n lagi pasukan.

“Memang kita perlu ambil tahu juga mengenai persiapan pasukan seperti Vietnam, tapi yang paling penting kita perlu persiapkan pasukan kita dalam keadaan terbaik,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Selain mengikuti perkembang­an Harimau Malaya, Vietnam juga dilaporkan mahu mengorak langkah dengan merancang mengambil pemain naturalisa­si atau kacukan.

Malah, VFF sebelum ini dikatakan akan membawa penjaga gol kacukan Vietnam-republik Czech dalam usaha memperkuat­kan lagi skuad kendalian Park Hang-seo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia