Berita Harian

Peruntukan RM10 juta buat persatuan sukan

-

Kuala Lumpur: Persatuan sukan kebangsaan tampak boleh menerima ‘suntikan dana’ sehingga RM60,000 menerusi inisiatif Prihatin Sukan 2020 yang dilancarka­n Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), semalam.

Inisiatif yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membabitka­n peruntukan sebanyak RM10 juta khusus kepada persatuan sukan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PJS) yang dilihat dapat membantu meringanka­n impak ekononi dan kewangan mereka susulan penularan pandemik COVID-19.

Reezal berkata, peruntukan RM10 juta secara keseluruha­n itu dibahagika­n kepada tiga jenis bantuan dengan peruntukan terbesar adalah sebanyak RM5 juta, diikuti RM3 juta selain peruntukan khusus RM2 juta kepada persatuan sukan kebangsaan.

“Peruntukan RM5 juta berbentuk bantuan untuk menjalanka­n program dan aktiviti di semua peringkat manakala RM3 juta untuk bantuan program pendigital­an serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kepada semua persatuan sukan berdaftar di bawah PJS.

“RM2 juta adalah untuk bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan sahaja yang berdaftar di bawah PJS dan semua bantuan ini membabitka­n jumlah keseluruha­n RM10 juta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut peruntukan terbabit, Reezal memaklumka­n persatuan sukan kebangsaan yang berkelayak­an akan menerima bantuan ‘one-off’ bermula RM5,000 sehingga RM10,000 dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 200 persatuan sukan kebangsaan di seluruh negara.

“Bantuan menjalanka­n program dan aktiviti sukan serta rekreasi pula adalah terhad kepada jumlah maksimum RM20,000 kepada setiap persatuan yang layak dan jumlah maksimum yang boleh dimohon bagi bantuan program pendigital­an dan R&D pula adalah sebanyak RM30,000.

“Permohonan adalah tertakluk kepada pertimbang­an dan kelulusan Jawatankua­sa Khas. Ia boleh dibuat dalam talian melalui pautan di laman web rasmi KBS dan tarikh akhir permohonan adalah sehingga 17 Julai.

“Program perlu selesai dilaksanak­an dalam tahun ini juga dan program yang diluluskan perlu dilaksanak­an mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard semasa yang dikeluarka­n oleh Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia