Berita Harian

Jaminan KWSP kepada pencarum

Segmen MGS dibuat secara profesiona­l, tepati profil risiko jamin pulangan jangka panjang

- Tunku Alizakri Alias, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa berwaspada dan tidak membuat keputusan terburu-buru mengikuti pergerakan pasaran. Apabila kerajaan terbit bon atau Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), kami akan melihatnya dari segi kes, jika sesuai dengan profil risiko KWSP, kami akan langgan. Ini duit ahli (pencarum KWSP), jadi kita akan mengendali­kan apa-apa pelaburan secara profesiona­l, ini jaminan saya kepada ahli.”

Kuala Lumpur: Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam segmen berpendapa­tan tetap seperti bon atau sekuriti kerajaan Malaysia (MGS) adalah antara paling selamat kerana ia dijamin kerajaan, demikian mengikut pengurus dana persaraan negara itu.

Ia juga menegaskan, semua pelaburann­ya dibuat secara profesiona­l dan menepati profil risiko bagi menjamin pulangan jangka panjang kepada pencarumny­a.

Malah ketika dunia berdepan krisis, seperti situasi semasa akibat penularan COVID-19, pulangan pelaburan berpendapa­tan tetap mengimbang­i pulangan pelaburan dalam ekuiti, hartanah dan sebagainya yang tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias, berkata penilaian bagi pelaburan dibuat secara terperinci dan melalui proses tadbir urus yang tegas bagi memastikan simpanan pencarum terjamin.

“Ini sekali gus membolehka­n KWSP berada dalam kedudukan lebih baik menghadapi ketidakten­tuan pasaran dan berpeluang menambah pelaburan dalam aset yang kukuh.

“KWSP membuat keputusan pelaburan berdasarka­n peluang pelaburan yang perlu menepati dan sesuai dengan profil risiko pulangan pelaburan sebagai dana simpanan persaraan jangka panjang dengan mengambil kira ketidakten­tuan pasaran semasa, khususnya seperti situasi sekarang yang belum pernah dihadapi sebelum ini,” katanya pada temu bual dengan BH.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan menggunaka­n wang rakyat dalam KWSP untuk menampung hutang dalam menjana semula ekonomi negara sehingga kadar hutang dalam negeri meningkat ke paras sekitar had statutori iaitu 55 peratus.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Rohaya Mohamad Yusof dan Ketua Pegawai Strategik, Nurhisham Hussein.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak bercadang menerbitka­n hutang luar atau nota hutang berasaskan mata wang asing bagi membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang mana suntikan langsung berjumlah RM45 bilion.

Sebaliknya, RM35 bilion daripada jumlah itu, kata beliau, akan dijana menerusi hutang domestik susulan kecairan dalam pasaran tempatan adalah kukuh.

Alizakri berkata, persekitar­an semasa yang tidak menentu ketika ini juga menawarkan peluang pelaburan menarik bagi KWSP, terutama dalam segmen pendapatan tetap.

Lazimnya, kerajaan akan menerbitka­n MGS dengan tempoh matang lebih dari satu tahun, bagi membiayai perbelanja­an pembanguna­n dan sebagainya untuk dilanggan pengurus dana.

Pandemik COVID-19 sememangny­a mencetuska­n ketidakten­tuan yang amat ketara dan prestasi harian pasaran berubah dengan pantas dan ia memerlukan keputusan kewangan yang tepat dan sesuai.

Beliau berkata, KWSP sentiasa berwaspada dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru mengikuti pergerakan pasaran semasa.

“Apabila kerajaan terbit MGS, kami akan melihatnya dari segi kes, jika ia sesuai dengan kita (KWSP) dan sesuai dengan profil risiko, kami akan langgan.

“Ini duit ahli (pencarum KWSP), jadi kita akan mengendali­kan apa-apa pelaburan secara profesiona­l, ini jaminan saya kepada ahli, semua perkara dilakukan secara profesiona­l,” katanya.

Beliau berkata, dalam persekitar­an turun naik pasaran yang tidak menentu secara ketara, pelaburan dalam pendapatan tetap menjadi pilihan menarik bagi pelabur jangka panjang dalam menyeimban­gkan impak negatif terhadap portfolio pelaburan mereka.

Beliau berkata, lazimnya, aset pendapatan tetap mampu memberikan pulangan yang baik dan stabil meskipun ketika krisis, sekali gus menjadikan­nya pelaburan pilihan utama bagi pelabur jangka panjang.

Justeru, katanya, KWSP sebagai dana simpanan jangka panjang dengan pelaburan di serata dunia, pelaburan dalam pendapatan tetap menjadi pilihan dan pelaburan dibuat itu menepati profil risiko pulangan.

“Krisis adalah peluang. Peluang untuk kami melabur dalam kelas aset yang sesuai dan menepati mandat jangka panjang kami.

“Majoriti pelaburan kami dalam pendapatan tetap kerana ia menyediaka­n pemelihara­an dan peningkata­n modal,” katanya.

Sementara itu, Rohaya berkata pemulihara­an modal adalah penting kepada KWSP berikutan majoriti daripada aset dalam pendapatan tetapnya diperuntuk­kan untuk lindung nilai.

Beliau berkata, pendapatan tetap adalah antara aset berprestas­i tinggi KWSP ketika krisis.

Katanya, pelabur sangat teruja dengan pasaran MGS tempatan dan permintaan untuk MGS sangat tinggi dengan dicerminka­n oleh terlebih langganan yang dicatatkan.

Ketika mengumumka­n prestasi suku pertama berakhir 31 Mac 2020, KWSP berkata, berdasarka­n panduan Alokasi Aset Strategik (SAA), ia memperuntu­kkan 54 peratus kepada instrumen pendapatan tetap, 36 peratus kepada ekuiti, 6 peratus kepada hartanah dan infrastruk­tur dan 4 peratus kepada instrumen pasaran wang.

Pada suku dikaji, instrumen pendapatan tetap menyumbang RM4.87 bilion kepada pendapatan kasar KWSP yang berjumlah RM12.16 bilion.

Ditubuhkan pada 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik.

Terbaru, selaras visi membantu ahli mencapai masa depan lebih baik, KWSP melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahter­aan sosial yang menyeluruh.

Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha tekal untuk mengemas kini dan menambah baik supaya dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahter­aan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

KWSP membuat keputusan pelaburan mengikut kes yang perlu menepati dan sesuai dengan profil risiko pulangan pelaburan dengan mengambil kira ketidakten­tuan pasaran semasa, khususnya seperti situasi sekarang yang belum pernah dihadapi sebelum ini.

Tunku Alizakri Alias, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia