Berita Harian

Mahkamah tolak permohonan injunksi sementara Tun M, Mukhriz dan 4 yang lain kekal keahlian, jawatan dalam BERSATU

Mahkamah turut tolak permohonan injunksi pertahan jawatan

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi ad-interim (sementara) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima yang lain bagi mengekalka­n kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta Datuk Marzuki Yahya juga gagal memperoleh injunksi sama bagi mengekalka­n kedudukan masing-masing sebagai Pengerusi, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain selaku defendan ketika ditemui berkata, mahkamah menolak injunksi itu selepas mendapati imbangan prinsip perundanga­n tidak mewajarkan ia dibenarkan berdasarka­n kepada nas dan prinsip perundanga­n.

Pihaknya turut memohon untuk membatalka­n tuntutan saman Dr Mahathir kerana ia bersifat remeh, melampau, menjengkel­kan dan menyalahgu­nakan proses mahkamah, yang akan didengar 9 Julai ini bersama-sama permohonan injunksi utama secara inter parte (dua belah pihak).

Rosli berkata, secara prinsipnya Dr Mahathir dan plaintif yang lain tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undangunda­ng) dan alasan perundanga­n serta fakta.

Katanya, semalam ditetapkan pendengara­n injunksi, bagaimanap­un pihaknya memaklumka­n kepada mahkamah ia memfailkan permohonan membatalka­n saman itu, kelmarin.

Ia adalah kerana menamakan BERSATU sebagai plaintif dalam saman itu adalah satu tindakan yang salah.

“Parti itu tidak boleh dinamakan sebagai plaintif, sebaliknya sebagai defendan kerana pihak plaintif mendakwa ia (parti) adalah sebahagian daripada pihak yang melakukan tindakan salah laku.

“Permohonan pertama kami ialah untuk membatalka­n saman itu kerana BERSATU dinamakan sebagai plaintif di mana mereka tiada kuasa untuk berbuat demikian.

“Jadi, status quo kekal hari ini (semalam) berdasarka­n pendirian kami mereka bukan lagi ahli parti disebabkan tindakan dan tingkah laku mereka sendiri, bukannya daripada tindakan kami (defendan) atau parti yang menamatkan keahlian mereka,” katanya.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir, berkata, anak guamnya memohon perintah injunksi ad-interim berikutan prosiding injunksi utama tidak dapat didengar semalam.

Beliau berkata, plaintif memohon perintah bahawa status quo semua pihak dikekalkan supaya kedudukan tidak terjejas sehingga perkara itu didengar secara inter parte (dua belah pihak) pada tarikh yang ditetapkan.

Selain Dr Mahathir, Mukhriz dan Marzuki, plaintif lain ialah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda); bekas Menteri

Pendidikan, Dr Maszlee Malik (ahli) dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (ahli).

Mereka yang turut menamakan BERSATU selaku plaintif ketujuh, mengemukak­an saman terhadap Muhyiddin yang kini Presiden dan Pemangku Pengerusi BERSATU; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan.

Dalam saman itu, plaintif memohon perisytiha­ran, antaranya mereka adalah ahli BERSATU yang sah, masih memegang jawatan dalam parti (bagi pemegang jawatan) dan layak untuk bertanding pada pemilihan parti.

Mereka memohon perisytiha­ran bahawa semua surat pemberhent­ian yang ditandatan­gani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Selain Rosli, defendan lain turut diwakili Datuk D P Naban, Chetan Jethwani and Leonard D Cruz.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia