Berita Harian

Mohd Shahrim calon BN PRK DUN Chini

Anak peneroka anggap dipilih jadi calon parti sebagai ketentuan Ilahi

- Oleh Abdul Razak Raaff raaffar@mediaprima.com.my

Pekan: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Shahrim Md Zain menganggap pemilihann­ya sebagai ketentuan Allah SWT.

Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan itu berkata, beliau difahamkan ramai individu lain yang disebut-sebut untuk menjadi calon, termasuk Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib.

“Semua individu dicadangka­n sebenarnya dilihat sangat baik dan layak menjadi calon untuk PRK ini.

“Namun, ini ketentuan Allah SWT dan izinkan anak peneroka generasi kedua FELDA Chini 3 untuk menggalas tanggungja­wab besar ini.

“Saya akan cuba menunaikan­nya dengan penuh amanah dan berintegri­ti serta memastikan DUN Chini kekal sebagai kubu kuat BN,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon BN di Bangunan

UMNO Pekan di sini, semalam.

Yang turut hadir pada majlis pengumuman itu ialah Menteri Besar merangkap Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua UMNO Bahagian Pekan merangkap Pengarah Operasi PRK DUN Chini, Datuk Seri Najib Razak; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Ti Lian Ker dan Pesuruhjay­a PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Mohd Shahrim yang juga generasi kedua peneroka FELDA Chini 3 itu juga berazam untuk memastikan BN terus dapat mengekalka­n legasinya di DUN Chini pada PRK kali ini.

“Terima kasih kepada Ketua UMNO Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana meletak kepercayaa­n kepada anak peneroka ini.

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil ini walaupun perlu berkempen dalam suasana berbeza kerana pandemik COVID-19,” katanya.

Setakat ini, calon BN dijangka berdepan calon Bebas yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham

Tengku Hussin.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, pemilihan Mohd Shahrim yang juga Ahli Jawatankua­sa UMNO Bahagian Pekan dibuat selepas mendapatka­n pandangan dan tinjauan pengundi di DUN yang majoriti pengundiny­a peneroka FELDA, penduduk kampung tradisi Melayu dan Orang Asli.

“Jumlah pengundi di DUN Chini ialah pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang mewakili 56.7 peratus daripada keseluruha­n pengundi dan kita turut mengambil kira perkara ini untuk memilih calon.

“Calon ini juga anak peneroka generasi kedua FELDA dan sudah tentu beliau mempunyai pengalaman luas dengan masyarakat tempatan.

“Kita yakin calon ini yang turut mendapat persetujua­n daripada rakan parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) mampu mempertaha­nkan kerusi DUN ini pada PRK 4 Julai nanti,” katanya.

PRK Chini diadakan susulan kematian penyandang­nya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

PRK Chini ialah pilihan raya pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumka­n tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Seluruh jentera BERSATU akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbanga­n terhadap aspek keselamata­n pengundi, susulan penularan wabak COVID-19.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Wan Rosdy (dua dari kanan), Najib dan Mohd Shahrim (empat dari kanan) pada majlis pengumuman calon BN di Pekan, semalam. Turut hadir Ahmad (kanan), Asyraf Wajdi (kiri) dan Mohd Nizar.
(Foto BERNAMA) Wan Rosdy (dua dari kanan), Najib dan Mohd Shahrim (empat dari kanan) pada majlis pengumuman calon BN di Pekan, semalam. Turut hadir Ahmad (kanan), Asyraf Wajdi (kiri) dan Mohd Nizar.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia