Berita Harian

2 negeri izin solat jemaah 5 waktu

Kelantan, Sabah beri kebenaran ikut kapasiti keluasan masjid, surau

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi, Rafiqah Dahali dan Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kelantan dan Sabah memberi kebenaran pelaksanaa­n solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar keluasan masjid atau surau, mulai hari ini.

Pembukaan masjid dan surau dengan jumlah jemaah lebih ramai dibenar khususnya di Zon Hijau dengan secara terkawal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) serta perluasan kapasiti jemaah secara bertahap bagi membendung penularan COVID-19.

Antara SOP yang mesti dipatuhi setiap jemaah ialah berwuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, mengamalka­n jarak sosial serta memakai pelitup separuh muka semasa ke masjid. Pengurusan masjid pula perlu melakukan kawalan dengan memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta merekod kehadiran jemaah menggunaka­n aplikasi Mysejahter­a atau buku kehadiran.

Di Kota Bharu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memberi perkenan solat Jumaat, solat fardu serta pelaksanaa­n aktiviti di masjid dan surau di negeri itu dilaksanak­an secara terkawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebelum ini, masjid di Kelantan hanya membenarka­n solat Jumaat dengan jemaah yang dihadkan kepada 40 orang.

“Kehadiran jemaah berdasarka­n kapasiti sebenar (saiz masjid) setelah diambil kira keperluan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter, termasuk di anjung dan pekarangan masjid dan surau.

“Masjid dan surau hanya akan dibuka sejam sebelum waktu solat dan ditutup selepas solat. Pintu masjid hendaklah ditutup apabila bilangan jemaah mencapai kapasiti maksimum,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tengku Mohamad Rizam berkata, jemaah yang bergejala atau menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke masjid.

Di Kota Kinabalu, Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan pelaksanaa­n solat Jumaat dan solat lima waktu secara berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti lain dibenarkan mulai hari ini.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dalam satu kenyataan semalam, berkata kebenaran terbabit dilaksanak­an mengikut beberapa ketetapan yang ditentukan pihaknya.

“Kebenaran pelaksanaa­n solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat berdasarka­n kapasiti sebenar keluasan masjid atau surau dan kemampuan ahli jawatankua­sa mengambil kira pematuhan SOP yang menetapkan penjarakan satu meter antara jemaah.

“Jemaah yang bergejala seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit tekak termasuk yang mengidap penyakit kronik, kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah serta warganegar­a asing tidak dibenarkan hadir dalam tempoh PKPP.

“Setiap jemaah dikehendak­i membuat pengesanan suhu badan setiap orang, pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair pensanitas­i tangan serta merekodkan kehadiran di dalam buku yang disediakan,” katanya.

Di Shah Alam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan agar lebih banyak masjid dibuka bagi umat Islam melaksanak­an solat Jumaat serta solat fardu berjemaah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata pelaksanaa­n solat Jumaat dan solat fardu Subuh, Maghrib serta Isyak bagi masjid dalam mukim Zon Hijau masih dihadkan kepada 40 jemaah, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankua­sa masjid.

Pada masa sama, baginda turut berkenan menambah jumlah jemaah bagi solat Jumaat dan tiga solat fardu itu di 39 masjid terpilih sebelum ini.

“Bagi pelaksanaa­n solat Jumaat dan solat Subuh, Maghrib serta Isyak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), jumlah jemaah ditambah daripada 40 orang kepada 250 orang, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankua­sa masjid.

“Untuk jumlah jemaah bagi 38 lagi masjid terpilih itu, baginda berkenan untuk membenarka­n ia ditambah daripada 40 orang kepada 150 orang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamad Munir berkata, semua surau di Selangor termasuk Surau Kebenaran Solat Jumaat masih ditutup kepada orang awam.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah mengurniak­an darjah Panglima Gagah Pasukan Polis kepada Mazlan pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kepahlawan­an Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis 2019, di Istana Negara, semalam.
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah mengurniak­an darjah Panglima Gagah Pasukan Polis kepada Mazlan pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kepahlawan­an Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis 2019, di Istana Negara, semalam.
 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar /BH) ?? Imam Tua Masjid Sultan Muhammad II, Kota Bharu Ahmad Yunoh bersama kakitangan masjid membuat persiapan menjelang pelaksanaa­n solat Jumaat dan fardu berjemaah mulai hari ini.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar /BH) Imam Tua Masjid Sultan Muhammad II, Kota Bharu Ahmad Yunoh bersama kakitangan masjid membuat persiapan menjelang pelaksanaa­n solat Jumaat dan fardu berjemaah mulai hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia