Berita Harian

B40 kumpulan pencarum terbesar mohon i-lestari

-

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias, berkata kumpulan B40 adalah pencarum terbesar yang memohon pengeluara­n i-lestari menerusi Akaun 2.

Beliau berkata, setakat ini, kira-kira 4.1 juta pencarum KWSP memohon pengeluara­n i-lestari membabitka­n nilai pengeluara­n RM1.9 bilion.

Katanya, pengurus dana persaraan itu menawarkan pilihan pengeluara­n berkenaan untuk memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu.

Beliau berkata, sebagai institusi dana persaraan, KWSP perlu mengimbang­i mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa sama menjaga kesejahter­aan mereka dalam waktu getir sebegini.

“COVID-19 menjejaska­n ahli kami secara individu. Jadi, kami mengambil keputusan menyediaka­n aliran tunai, tetapi pada masa sama tidak menjejaska­n masa depan mereka. Jadi, kami menetapkan maksimum pengeluara­n RM500.

“Namun, yang membimbang­kan saya ialah majoriti yang mengeluark­an adalah (kumpulan) B40 yang memerlukan (dana) untuk persaraan mereka. Ada sebilangan ahli kehabisan Akaun 2 mereka selepas dua bulan,” katanya dalam satu temu bual di sini, semalam.

Tunku Alizakri juga mengingatk­an ahli KWSP supaya memanfaatk­an pilihan pengeluara­n i-lestari itu dengan sebaiknya dalam mengurangk­an tekanan kewangan dalam tempoh sukar yang dicetuskan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pencarum perlu sedar dana dikeluarka­n itu adalah dana mereka sendiri dan bukan dana sesiapa.

Selain pengeluara­n i-lestari, Tunku Alizakri berkata, kadar peratusan ahli KWSP yang bersetuju menurunkan kadar caruman berkanun pekerja daripada 11 peratus kepada tujuh peratus juga meningkat berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, kadar mereka yang bersetuju menurunkan kadar caruman berkanun pekerja itu adalah lebih 90 peratus berbanding kira-kira 54 peratus sebelum ini.

“Ini satu lagi trend yang membimbang­kan saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia