Berita Harian

14 kes baharu, 8,000 pulih

Jangkitan terkini babit empat warganegar­a

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jumlah kes pulih wabak COVID-19 di negara ini menghampir­i 95 peratus dengan pertambaha­n 127 kes pulih dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata pertambaha­n jumlah berkenaan menjadikan jumlah kumulatif 8,000 kes atau 93.8 peratus daripada keseluruha­n kes.

Bagi kes baharu, katanya, sejumlah 14 kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari semalam, iaitu tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitka­n dua warganegar­a Malaysia dan seorang pemastauti­n tetap.

“Daripada 11 kes penularan dalam negara, tujuh kes bukan warganegar­a manakala empat kes adalah dalam kalangan warganegar­a Malaysia.

“Bagi tujuh kes jangkitan dalam negara oleh rakyat tempatan, dua kes dikesan di Kuala Lumpur, iaitu satu kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19, iaitu kes 8,455 dan kes 8,508. Mereka adalah rakan serumah.

“Kes kedua adalah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 kes ke 8,498 yang juga rakan serumah.

“Di Selangor, satu kes positif, iaitu ahli keluarga kepada kes 8,368 manakala di Sarawak dua kes dikesan ketika saringan di tempat kerja sektor pembinaan.

“Masing-masing satu kes dikesan di Sabah dan Perak, iaitu satu kes menerusi saringan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang dan saringan sebelum memohon pulang ke negara asal,” katanya di dalam kenyataan menerusi Facebook, semalam.

Bagi perincian empat kes penularan COVID-19 dalam negara oleh penduduk tempatan, Dr Noor Hisham, berkata dua kes dikesan di Kuala Lumpur, iaitu kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, membabitka­n kakitangan bertugas yang di situ.

“Sarawak mencatat sebanyak

Bagi tujuh kes jangkitan dalam negara oleh rakyat tempatan, dua kes dikesan di Kuala Lumpur, iaitu satu kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19, iaitu kes 8,455 dan kes 8,508. Mereka adalah rakan serumah.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah

dua kes, iaitu satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching dan satu kes saringan untuk ke luar negara atas urusan penting,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambaha­n kes aktif dan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

“Ini menjadikan jumlah kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kepada empat kes dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia