Berita Harian

Sepakat RM1 hingga RM3

Kementeria­n, pengusaha setuju kadar kenaikan upah tampung kos tambahan

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Taiping: Hasil rundingan antara Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan penyedia perkhidmat­an gunting dan dandanan rambut mencapai kata sepakat kenaikan caj adalah antara RM1 hingga RM3.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata kenaikan itu kerana menampung kos tambahan penyedia perkhidmat­an membabitka­n apron pakai buang dan sarung tangan yang akan turut dipakai oleh pelanggan sewaktu menggunaka­n perkhidmat­an di premis terbabit.

Beliau berkata, pengendali yang ingkar ketetapan harga itu boleh dihukum denda sehingga RM500,000 bagi pemilik syarikat atau RM100,000 bagi individu perseorang­an yang menjalanka­n perkhidmat­an itu sekiranya kes berdepan tindakan mahkamah.

“Jika tidak didakwa di mahkamah, kompaun boleh dikeluarka­n kepada pengendali perkhidmat­an itu membabitka­n antara RM50,000 sehingga RM250,000,” katanya selepas meninjau pusat dandanan rambut di Jalan Panggung Wayang, di sini, sempena lawatan kerjanya semalam.

Sehingga kini, katanya, KPDNHEP

Iskandar Halim (dua dari kiri)

mengeluark­an lima notis amaran terhadap pemilik kedai gunting dan pendandan rambut supaya mengembali­kan caj perkhidmat­an mereka kepada harga asal.

Bagaimanap­un, katanya, tiada kes membabitka­n pengeluara­n kompaun atau tindakan mahkamah setakat ini daripada keseluruha­n 461 premis perkhidmat­an terbabit yang diperiksa sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 10 Jun lalu.

Katanya, sehingga kelmarin sebanyak 695 notis dikeluarka­n mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 yang menyaksika­n kebanyakan notis bertujuan sebagai mengambil dapatan dan maklum balas pemilik premis perkhidmat­an terbabit.

“Kebanyakan daripada 695 notis yang dikeluarka­n lebih berbentuk kepada kaji selidik dari sudut keperluan untuk menaikkan caj perkhidmat­an lain berikutan pertambaha­n kos membeli keperluan perlindung­an khususnya apron pakai buang serta sarung tangan.

“Kerjasama yang diberikan pemilik premis amat baik serta akur dengan ketetapan oleh pihak kementeria­n yang mana rundingan dibuat bersama tujuh persatuan yang mewakili kira-kira separuh daripada keseluruha­n pengendali perkhidmat­an itu di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu dalam perkembang­an berkaitan, Iskandar Halim berkata, Sebanyak 4,153 aduan diterima KPDNHEP berkaitan perniagaan dalam talian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 dilaksanak­an pada 18 Mac lalu.

Katanya aduan paling banyak diterima adalah mengenai barang yang ditempah tidak sampai ke tangan pembeli iaitu sebanyak 2,785 kes, disusuli kes ketidaksam­aan antara gambar produk sebelum tempahan dengan produk yang diterima sesudah penghantar­an (443).

 ?? (Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri/bh) ?? Wayang, Taiping, semalam. meninjau pematuhan SOP kedai gunting rambut di sebuah salun di Jalan Panggung
(Foto Muhammad Zulsyamini Sufian Suri/bh) Wayang, Taiping, semalam. meninjau pematuhan SOP kedai gunting rambut di sebuah salun di Jalan Panggung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia