Berita Harian

Perjalanan ke negara ‘reda’ wabak belum diputuskan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan belum memuktamad­kan cadangan yang dikemukaka­n supaya gelembung perjalanan (travel bubble) dilaksanak­an dengan negara jiran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini memandangk­an banyak perkara yang perlu dipertimba­ngkan sebelum memutuskan cadangan berkenaan.

“Cadangan ini telah dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi. Namun, kerajaan belum membuat keputusan kerana ia membabitka­n negara-negara tertentu dan ada perkara yang perlu kita perlu lakukan secara dua hala sebelum kita buat pengumuman,” katanya dalam program Agenda Awani yang membincang­kan tajuk ‘Fasa Pemulihan, Jana Semula Ekonomi Negara’ yang disiarkan saluran televisyen Astro Awani malam kelmarin.

Mustapa ditanya sama ada kerajaan akan mengikut rancangan New Zealand-australia dan negara Eropah yang melaksanak­an gelembung perjalanan dalam memulihkan sektor pelanconga­n seterusnya ekonomi.

Bagaimanap­un, rancangan New Zealand-australia itu dilaporkan mungkin tidak dapat direalisas­ikan akibat jangkitan COVID-19 baharu.

Australia juga dilaporkan tidak akan membuka semula sempadanny­a kepada pelancong antarabang­sa sehingga tahun depan.

Antara negara ASEAN, Indonesia dan Thailand dikatakan berminat untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan.

Gelembung perjalanan adalah usaha menghubung­kan semula negara atau negeri yang mencapai tahap kejayaan yang baik dalam membendung wabak COVID-19 pada peringkat domestik.

Pendekatan ini membenarka­n

Mustapa Mohamed

kumpulan negara atau negeri menawarkan semula hubungan perdaganga­n antara satu sama lain, serta memulakan kembali sektor seperti pelanconga­n dan perjalanan.

Sekurang-kurangnya terdapat 3.5 juta pekerja langsung dan tidak langsung dalam sektor pelanconga­n Malaysia yang kini terjejas akibat COVID-19.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia