Berita Harian

Usahawan, produk tempatan diutamakan

-

Soalan (S): Peranan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, pasca COVID-19? Jawapan (J): Melalui Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia beberapa inisiatif bakal dilaksanak­an seperti menggalakk­an kedai serbaneka, pasar raya, pusat beli belah dan kedai runcit untuk mengetenga­hkan produk tempatan, selain memperuntu­kkan saluran khusus menerusi platform e-dagang. Ini bagi menyokong perniagaan usahawan dan produk tempatan. Menerusi kempen ini, kerajaan akan cuba meningkatk­an pembelian dan penggunaan barang buatan tempatan.

Ia antara lain merangkumi dasar mewajibkan keseluruha­n rantaian pusat penjualan untuk meletakkan tanda atau ruangan khas ‘barangan tempatan’, sekali gus memudahkan pelanggan mengenal pasti jenis atau produk hasil usahawan tempatan di pasaran. Saluran khusus juga akan diwujudkan untuk memasarkan barangan buatan Malaysia di pelbagai platform digital utama.

Matlamat utama ialah mengembali­kan keyakinan semua pihak supaya pasaran domestik dapat ‘dihidupkan’ semula sepenuhnya, tetapi ia tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada pembelian langsung atau aktiviti ekonomi berlaku dalam negara.

S: Jualan secara dalam talian menyaksika­n pola peningkata­n mendadak, adakah kempen akan terarah kepada konsep sedemikian?

J: Walaupun pelbagai usaha dirangka bagi meningkatk­an jualan barangan tempatan, kementeria­n sedar bahawa jualan bersandark­an acuan konvension­al dan promosi biasa tidak cukup untuk mencapai sasaran. Oleh itu, kita merencana dan melaksanak­an inisiatif sampingan bagi memperkasa saluran promosi dan pasaran, secara dalam talian, iaitu media sosial serta pasaran media baharu. Antara aspek perdaganga­n domestik yang kementeria­n perlu teliti ialah peringkat pengeluara­n, menerusi kerjasama dengan kementeria­n lain seperti Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI). Contoh komponen diteliti ialah permit operasi kilang dan syarikat pemula. Kita juga memantau kadar bekalan di pasaran, pastikan paras harga ditetapkan peniaga berpatutan.

Dalam PENJANA, peruntukan untuk melariskan barangan buatan Malaysia ialah RM20 juta. Kementeria­n pada masa sama mempunyai ‘Kempen Jualan Malaysia’. Kedua-dua kempen ini akan menjadi ‘senjata’ utama ke arah pemulihan ekonomi negara dan pasaran domestik. Kita akan lancarkan kedua-dua kempen ini serentak kerana masa baki tempoh yang tinggal untuk 2020 adalah hanya sekitar enam bulan.

S: Selain suntikan fiskal daripada kerajaan, adakah penggiat industri memperuntu­kkan bantuan kewangan bagi menjayakan kempen?

J: Kita mengadakan siri perbincang­an mengenai mekanisme pelaksanaa­n, bersama industri seperti kedai serbaneka, pusat beli belah, pasar raya, kedai runcit, peneraju platform e-dagang. Mereka teruja membentang­kan pelan masing-masing untuk menarik minat pelanggan membeli barangan buatan Malaysia. Contohnya, ada mengemukak­an idea memperuntu­kkan baucar diskaun, hadiah cabutan bertuah dan insentif lain kepada pelanggan.

S: Adakah kempen beli barangan buatan Malaysia cetuskan persoalan wujud unsur diskrimina­si terhadap produk import, sekali gus menjejaska­n usaha menarik pelaburan asing?

J: Walaupun kita nak gandakan usaha kempen membeli barangan buatan tempatan, ada penggiat industri atau perniagaan yang menjual barangan import. Mereka juga penyumbang ke arah pertumbuha­n ekonomi negara secara tidak langsung. Jadi, kita tidak boleh mengamalka­n dasar diskrimina­si dengan menidakkan peluang mana-mana penggiat industri atau pemilik perniagaan yang memasarkan barangan import. Idea yang ditekankan di sini ialah memperkasa­kan perniagaan supaya kadar pertumbuha­n Malaysia pasca COVID-19 kembali pulih secepat mungkin.

Sehubungan itu, peniaga tidak menjual barangan buatan tempatan, tetapi memasarkan barangan import juga tidak disisihkan.

S: Bilakah pelancaran kempen akan dibuat dan bagaimana konsep penganjura­n?

J: Kita ketika ini pada peringkat akhir perbincang­an dengan pihak berkaitan. Sekarang pun sudah pertengaha­n Jun, jadi kita sasarkan supaya pelancaran dapat dibuat pada bulan depan. Pemilihan Julai sebagai bulan pelancaran juga dilihat bertepatan kerana momentum kempen ini akan mendapat dukungan bulan kemerdekaa­n, iaitu pada Ogos.

S: Bagaimana pengagihan atau peruntukan RM20 juta dibelanjak­an?

J: Sebenarnya, dari kementeria­n, kita juga mempunyai dana sendiri yang akan diperuntuk­kan dalam pelaksanaa­n kempen ini, memandangk­an ketika PKP, beberapa program yang direncana dan patut dilaksanak­an, tidak dapat dianjurkan mengikut jadual. Sudah pastinya, sebahagian besar peruntukan RM20 juta ini akan digunakan untuk menganjurk­an kempen dan usaha promosi di segenap Malaysia.

S: Usaha penjualan barangan tempatan dalam talian akan dipergiatk­an?

J: Sebelum PKP, walaupun perniagaan secara dalam talian atau e-dagang dijalankan secara aktif di Malaysia, pandemik COVID-19 membuktika­n bahawa ada hikmah ini. Buktinya, penerapan kaedah mengikut kebiasaan baharu, iaitu penjualan pelbagai produk secara dalam talian, berbanding berteraska­n acuan konvension­al, kini menjadi sandaran utama. Bahkan durian sekarang didagangka­n dalam talian.

Sekarang, kita nak tarik penyertaan penjual atau peniaga yang tiada kedai fizikal, tetapi memasarkan produk yang mendapat permintaan di pasaran.

Jika kita lihat perangkaan, kadar jualan produk tempatan menerusi platform Shopee pada 2019 merekodkan peningkata­n ‘dramatik’ menjangkau 2,400 peratus meliputi 845 produk. Kerjasama dengan Lazada pula mencatatka­n lonjakan nilai jualan produk tempatan yang mendadak, menjangkau 3,800 peratus. Platform lain turut melakar pencapaian sama, dengan kadar peningkata­n sekurang-kurangnya 35 peratus terhadap keseluruha­n nilai jualan bagi 2019.

Bersandark­an kejayaan kempen 2019, kementeria­n akan menggandak­an usaha untuk mempromosi produk tempatan, menerusi pelbagai platform pasaran dalam talian di Malaysia seperti Lazada, Shopee, Pgmall, Go Shop, Fashionval­et, Zalora, Mudah, Prestomall dan lain-lain. Berteraska­n konsep ini, kita bukan sekadar beri galakan orang ramai berjual beli dalam talian, tetapi mengajak orang muda di Malaysia untuk menjadi usahawan dengan mencipta platform pasaran dalam talian.

S: Sasaran sepanjang penganjura­n kempen kali ini, walaupun kadar jualan terjejas dalam tempoh tiga bulan berikutan COVID-19?

J: Pada 2019, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia merekodkan peningkata­n jualan 17 peratus. Tahun ini, kita menyasarka­n peningkata­n jualan kepada sekurang-kurangnya 25 peratus. Sasaran ini bukan hanya terpakai kepada platform e-dagang, tetapi jualan dalam pelbagai bentuk sepanjang kempen. Walaupun kita ‘kehilangan’ tiga bulan sepanjang PKP berikutan COVID-19, pengguna masih melakukan pembelian menerusi platform dalam talian.

Kita percaya, impak bantuan fiskal dan kewangan disalurkan kepada masyarakat menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), membantu aliran tunai domestik.

Penting untuk kita ada prinsip mengutamak­an pembelian barangan buatan tempatan kerana ia berupaya membantu pengeluar domestik dan keseluruha­n rantaian pembekalan. Menerusi konsep ini, tiada aliran keluar tunai, sebaliknya setiap perbelanja­an yang dibuat bakal berlegar dalam ekonomi domestik.

Kita ada bahagian penguatkua­saan cukup besar di kementeria­n, membabitka­n lebih 2,300 kakitangan di seluruh negara yang berperanan untuk memantau bekalan dan harga di pasaran. Selain kekuatan di bahagian penguatkua­saan, kita ada sistem dinamakan ‘peruncit daerah berdedikas­i’ dan ‘pemborong daerah berdedikas­i’. Dedikasi bermaksud, kita kenal pasti pemborong dan peruncit di daerah berkaitan untuk dijadikan penanda aras, justeru sekiranya berlaku peningkata­n harga, kementeria­n berupaya mengesanny­a secepat mungkin.

S: Keunikan yang akan disuntik dalam kempen?

J: Kempen Jualan Malaysia berkisar kepada ruang pemasaran produk bukan buatan tempatan, yang bakal dilancarka­n serentak dengan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Oleh itu, kita buat tema setiap bulan. Contohnya, mulai Ogos, tema terarah kepada pemasaran perabot dan kelengkapa­n rumah, September produk fesyen wanita, Oktober barang elektronik, komputer dan gajet, November - pakaian sukan, Disember - kelengkapa­n kembali ke sekolah. Pendekatan seperti ini berupaya memberi penekanan sektor berkaitan dan memacu kadar jualan masing-masing.

S: Bagaimana inisiatif ini akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)? J: Platform e-dagang berkonsep terbuka dan memberi laluan bagi mana-mana produk untuk dipasarkan di internet. Justeru, antara fokus kita adalah membabitka­n PKS dan industri hiliran. Kita buka peluang perniagaan kepada mereka, dengan syarat peniaga atau pembuat produk harus tampil bersedia memasarkan produk mereka. Selebihnya, kita membantu dari segi latihan, kemahiran dan aktiviti promosi.

S: Pendekatan kementeria­n untuk atasi penipuan dalam talian, menandakan wujud usaha memacu e-dagang? J: Perniagaan dalam talian sememangny­a tidak dinafikan sangat mudah untuk diceburi, namun hakikat yang juga kita tidak dapat elakkan ialah wujud pelbagai elemen penipuan sepanjang urus niaga. Ada kes di mana kita terima aduan, kemudian siasatan dijalankan dan peniaga yang tidak bertanggun­gjawab ditahan susulan kesalahan yang dilakukan. Kualiti contoh yang sering menjadi elemen pertikaian apabila produk dijual tidak sepadan dengan janji ketika urus niaga. Kita juga menerima aduan mengenai harga ditetapkan peniaga dalam talian lebih mahal, berbanding produk sama di kedai.

Bagaimanap­un, barang berkenaan masih terjual dan orang berhasrat untuk mendapatka­n produk terbabit. Penguat kuasa sering memantau isu seperti ini, namun tanpa aduan daripada rakyat dan pengguna, sukar untuk kita ‘buru’ peniaga tidak bertanggun­gjawab ini.

Sekiranya ada aduan, siasatan akan dijalankan dan peruntukan perundanga­n seperti mengeluark­an kompaun boleh dikenakan terhadap mereka. Kita sering berbicara mengenai pengguna bijak, iaitu sebagai pengguna, mereka harus cakna hak mereka mengemukak­an aduan, tetapi berpatutan dan berasas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia