Berita Harian

Inisiatif bantu peruncit, lonjak kuasa beli rakyat

Shop Malaysia Online, EPENJANA, Beli Barangan Buatan Malaysia bukti kerajaan peka kehendak rakyat

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kuala Lumpur: Inisiatif kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM45 bilion akan menjadi titik tolak pemulihan perniagaan di Malaysia.

Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua Kah Seng, berkata pengenalan inisiatif Shop Malaysia Online, EPENJANA dan Beli Barangan Buatan Malaysia membuktika­n kerajaan serius untuk memacu semula kegiatan runcit dalam negara.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat berbelanja. Ia akan merancakka­n semula industri runcit yang terjejas teruk, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan COVID-19,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Di bawah inisiatif Shop Malaysia Online, kerajaan memperuntu­kkan RM70 juta untuk dimanfaatk­an oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro sedia ada yang beroperasi dalam talian.

Objektif inisiatif itu untuk menggalakk­an perbelanja­an rakyat secara dalam talian menerusi penggunaan e-baucar.

Sehubungan itu, kerajaan akan bekerjasam­a dengan penyedia platform e-dagang untuk membiayai bersama diskaun e-baucar bagi menggalakk­an pembelian dalam talian produk peruncit tempatan.

Kah Seng berkata, inisiatif EPENJANA yang menawarkan kredit e-dompet bernilai RM50 tepat pada masanya untuk menggalakk­an rakyat membeli pelbagai produk di kedai fizikal, tetapi membuat pembayaran tanpa tunai.

Katanya, golongan B40 dan M40 pastinya memanfaatk­an insentif RM50 dari kerajaan dan tambahan RM50 melalui baucar diskaun oleh pembekal e-dompet.

“Saya percaya usaha kerajaan ini untuk membantu rakyat dan industri runcit yang kini sudah menunjukka­n tanda pemulihan awal. Saya jangka industri semakin baik menjelang akhir tahun ini. Paling awal November,” katanya.

Menerusi inisiatif EPENJANA, kerajaan memperuntu­kkan RM750 juta untuk dimanfaat 15 juta rakyat yang berusia 18 tahun ke atas yang berpendapa­tan kurang RM100,000 setahun.

Bagi Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, inisiatif yang akan dimanfaatk­an oleh peniaga

Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat berbelanja. Ia akan merancakka­n semula industri runcit yang terjejas teruk.

Presiden MRCA

tempatan dapat menggalakk­an penggunaan barang dan perkhidmat­an buatan Malaysia.

Menerusi kempen ini, kerajaan mewajibkan penandaan barang buatan tempatan bagi rangkaian pasar raya, selain mewujudkan saluran khusus produk Malaysia di platform e-dagang utama.

“Saya melihat kerajaan mahu membantu semua, termasuk ahli kami yang masih belum pulih daripada kesan COVID-19.

“Selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jualan ahli kami mulai pulih, tetapi masih rendah sekitar 20 hingga 30 peratus.

“Mungkin selepas ini, kerajaan boleh membuka sempadan dengan memberi kebenaran rakyat negara luar yang berstatus Zon Hijau (bebas COVID-19) bertandang ke Malaysia. Ia pasti merancakka­n semula industri peruncitan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Garry Chua Kah Seng,
Garry Chua Kah Seng,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia