Berita Harian

Kempen sedia rakyat tempatan peluang pekerjaan

-

Kuala Lumpur: Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Shop Malaysia Online akan membantu meningkatk­an ekonomi negara serta peniaga dan industri tempatan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ia susulan keutamaan yang lebih kepada barang tempatan akan membolehka­n pengilanga­n dan perniagaan domestik untuk terus berdaya saing dalam tempoh sukar, susulan penularan COVID-19.

“Beri keutamaan kepada barang tempatan ialah perkara wajar dalam meningkatk­an ekonomi negara. Banyak industri ketika ini berdepan masalah.

“Bila ada kempen sebegini, ia membantu mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, kempen beli secara dalam talian dan penggunaan e-dompet juga membolehka­n kawalan penyebaran pandemik COVID-19 kerana ia dijalankan tanpa bersentuha­n.

“Penggunaan digital juga secara tidak langsung akan meningkat dan berkembang di negara kita. Ia akan membuka banyak peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburi segmen digital.

“Pengguna juga dapat menikmati alternatif lain dalam perbelanja­an mereka,” katanya.

Mohd Yusof berkata, dalam keghairaha­n menuju ke arah transaksi digital, kawalan harga dan peningkata­n infrastruk­tur juga perlu dilaksanak­an.

Beliau berkata, barang dalam talian seharusnya lebih murah berbanding jualan konvension­al di premis dan pengguna juga perlu bijak membanding­kan harga.

“Begitu juga dengan infrastruk­tur rangkaian perlu dipertingk­at bagi memudahkan pengguna luar bandar dalam transaksi digital.

“Kesedaran dan maklumat juga perlu disalurkan, memberi pengguna kefahaman kaedah menggunaka­n perkhidmat­an dalam talian,” katanya.

Melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kerajaan memperkena­l beberapa inisiatif baru antaranya Shop Malaysia Online , E-penjana, Buy Malaysia.

Inisiatif itu membantu rakyat dan pengguna dalam keadaan ekonomi ketika ini yang suram disebabkan wabak COVID-19.

Katanya, inisiatif PENJANA khusus untuk dinikmati pengguna ialah bukti kerajaan sentiasa peka dengan kehendak rakyat.

“Ia usaha yang sangat dialu-alukan memberi kelegaan kepada pengguna. Banyak inisiatif lain turut diberikan kepada pengguna seperti pas perjalanan tanpa had, MY30.

“Program E-PENJANA bernilai RM750 juta bermula Julai ini juga memberi peluang semua rakyat merasai bantuan kerajaan.

“Hasilnya, perniagaan PKS juga turut meningkat sama. Apabila PKS meningkat, peluang pekerjaan itu akan stabil,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia