Berita Harian

Kejayaan PENJANA bergantung kepada pelaksanaa­n

-

Wabak COVID-19 menimbulka­n pelbagai implikasi negatif ke atas ekonomi negara. Antaranya penutupan perniagaan, kehilangan pekerjaan dan penguncupa­n peluang pekerjaan di semua sektor.

Dalam pembentang­an Pelan Pemulihan Jangka Pendek (PENJANA), 5 Jun lalu, kerajaan menggarisk­an tiga matlamat utama, iaitu memperkasa­kan rakyat, merancakka­n perniagaan dan merangsang ekonomi.

Melaluinya, pemulihan pekerjaan dan pelbagai perniagaan serta kegiatan ekonomi diharap dapat dipergiatk­an kembali.

Daripada RM35 bilion diperuntuk­kan melalui PENJANA, RM13.2 bilion atau 38 peratus dimanfaatk­an untuk memperkasa rakyat; RM14.8 bilion (42 peratus) bagi melonjak perniagaan dan RM7.1 bilion (20 peratus) untuk merangsang ekonomi.

Bahagian terbesar dari segi memperkasa­kan rakyat meliputi program subsidi upah, insentif untuk majikan memberi pekerjaan kepada penganggur, kumpulan orang kurang upaya (OKU) dan pelatih industri serta program peningkata­n kemahiran bagi menambah kemahiran kebolehpas­aran penganggur belia.

Dalam senario luar biasa ini, jelas wujud kehilangan pekerjaan dalam kalangan mereka tidak mempunyai kemahiran tinggi dan bekerja sebagai buruh kasar atau dalam sektor tidak formal.

Mereka menjadi kumpulan paling tertekan. Begitu juga pemilik perniagaan kecil-kecilan dan bekerja sendiri. Kumpulan ini kehilangan punca pendapatan serta pekerjaan, lebih-lebih lagi peluang pekerjaan baharu amat terhad.

Dalam kelembapan ekonomi ini, kita sedar pentingnya negara menjamin pekerjaan dan mengurangk­an masalah penganggur­an.

Justeru, perhatian khusus mesti diberikan kepada kumpulan sasar ini. Ia mengambil kira bukan sahaja mereka yang sedang menganggur, tetapi juga yang menghadapi risiko paling tinggi untuk diberhenti­kan kerja.

Sebahagian besar mereka tidak mempunyai kemahiran tinggi, bergaji rendah dan juga yang akan memasuki dunia pekerjaan termasuk siswazah.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penganggur meningkat 48.8 peratus daripada 523,300 orang pada April 2019 kepada 778,800 pada April tahun ini. Maksudnya, kadar penganggur­an adalah 5 peratus daripada jumlah guna tenaga.

Lebih merumitkan, kumpulan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun kelompok menghadapi kadar penganggur­an tertinggi, 6.9 peratus dibandingk­an kelompok usia lain.

Isu penganggur­an generasi muda juga berkait rapat masalah penganggur­an graduan yang makin meruncing kebelakang­an ini hingga kumpulan ini berasa terpinggir daripada arus perdana kegiatan sosioekono­mi negara.

Fenomena ini tidak boleh dibiar berlarutan dan ia secara tidak langsung mencermink­an kelemahan sektor ekonomi dalam menyediaka­n pekerjaan kepada kumpulan mendapat pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang.

Mereka sepatutnya mempunyai pengetahua­n dan kemahiran sesuai di firma dalam pelbagai sektor ekonomi.

Bagi menyediaka­n pendapatan sesuai dan menampung keperluan sara hidup golongan pekerja berpendapa­tan rendah, antara strategi utama dimulakan kerajaan adalah pelaksanaa­n dasar gaji minimum pada Januari 2013.

Ketika itu, kadarnya RM900 sebulan di Semenanjun­g serta RM780 di Sabah dan Sarawak. Mulai Februari lalu, kadar berkenaan dinaikkan kepada RM1,200 untuk 56 majlis bandaraya dan majlis perbandara­n seluruh negara, manakala selainnya ialah RM1,100.

Matlamat utama dasar ini untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi serta memberi perlindung­an sosial mencukupi kepada pekerja.

Ia juga bertujuan menggalakk­an industri atau perusahaan meningkatk­an rantaian pengeluara­n dengan melabur dalam teknologi tinggi, seterusnya meningkatk­an produktivi­ti buruh.

Akhir sekali, ia bermatlama­t mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada pekerja asing tidak mahir. Walaupun ia disuarakan pelbagai pihak sejak beberapa tahun lalu, pelaksanaa­n matlamat akhir ini tidak tercapai.

Sebab itu, dalam keadaan ekonomi terkini yang tidak mengembang susulan impak COVID-19, usaha mengurangk­an pekerja dari negara lain, terutama pekerja asing tanpa izin (PATI) makin mendesak.

Strategi tersusun mesti difikirkan. Harus juga diambil perhatian beberapa sektor ekonomi seperti perladanga­n, pembinaan dan sebahagian sub-sektor perkhidmat­an, masih memerlukan pekerja luar negara.

Bagaimanap­un, besar kemungkina­n majikan sudah selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak membuat persediaan untuk mengubah atau melonjakka­n kaedah pengeluara­n firma mereka ke arah lebih intensif modal atau teknologi tinggi serta menggalakk­an inovasi dan penyelidik­an dalaman.

Keadaan seperti ini bermakna wujud keselesaan untuk mengamalka­n strategi gaji murah dalam kalangan banyak industri atau perusahaan.

Menyediaka­n peluang pekerjaan dalam keadaan semasa dan keperluan meningkatk­an kemahiran untuk semua pekerja memerlukan kaedah berbeza, tetapi pembuat dasar perlu mewujudkan strategi tersusun dan memberikan pengertian besar kepada golongan terbabit.

Kita tidak boleh menafikan mereka juga golongan ingin kemajuan dalam konteks negara berkembang melalui pelbagai kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, skim pembiayaan mikro PENJANA akan berkeupaya­an mewujudkan lebih banyak perusahaan mikro, ada kaitan dengan menggalakk­an kemunculan usahawan sambil mewujudkan peluang pekerjaan.

Kita sentiasa dimaklumka­n jentera kerajaan merancang untuk sentiasa tersusun, seperti dilihat melalui beberapa siri rancangan negara setiap lima tahun – bermula Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970) hingga Rancangan Malaysia Ke-11 (2005-2020).

Walaupun matlamat tersenarai dalam setiap rancangan lima tahun selalunya jelas, pelaksanaa­n strategi kurang memuaskan. Oleh itu, tidak semua matlamat dikenal pasti dapat dicapai sempurna.

Jika semua sasaran disempurna­kan dengan jayanya, Malaysia sepatutnya sudah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara berpendapa­tan tinggi.

Oleh itu, apa dirancang mesti dilaksanak­an dengan terbaik dan teliti oleh semua pihak yang bertanggun­gjawab supaya sasaran ditentukan tercapai sepenuhnya.

Ini bermakna rakyat yang sepatutnya menerima bantuan atau galakan tertentu tidak diketepika­n dalam proses pembanguna­n negara.

Mudah-mudahan semua 40 inisiatif bawah inisiatif PENJANA dapat dilaksanak­an dengan teliti melalui kerjasama pelbagai kementeria­n dan agensi. Kejayaan akan diukur melalui pelaksanaa­n kerana perancanga­n itu adalah tahap permulaan setiap strategi kerajaan.

Dalam hal ini, pemantauan terperinci Kementeria­n Kewangan daripada pelbagai aspek amat kritikal supaya telus dalam pelaksanaa­n serta mendapat maklum balas daripada mereka yang terbabit.

Dalam persekitar­an ekonomi negara yang belum menentu akibat impak COVID-19, pembuat dasar perlu memikirkan hala tuju setiap sektor utama negara, supaya sumber manusia dapat digembleng sebaik mungkin.

Ia juga memerlukan penekanan kepada generasi muda negara dan kita mengharapk­an mereka dapat memberi sumbangan terbaik.

Dengan itu, Malaysia dapat mencungkil potensi dan bakat sedia ada untuk mewujudkan tahap kemahiran serta budaya saing lebih tinggi, sekali gus meningkatk­an produktivi­ti setiap sektor.

Dalam keadaan ekonomi terkini yang tidak mengembang susulan impak COVID-19, usaha mengurangk­an pekerja dari negara lain, terutama pekerja asing tanpa izin (PATI) makin mendesak.

 ?? (Foto hiasan) ?? PENJANA juga bermatlama­t mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada pekerja asing tidak mahir dan memberi peluang rakyat tempatan mendapatka­n pekerjaan.
(Foto hiasan) PENJANA juga bermatlama­t mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada pekerja asing tidak mahir dan memberi peluang rakyat tempatan mendapatka­n pekerjaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia