Berita Harian

Memperkasa wanita dalam pelanconga­n pasca COVID-19

-

Strategi memperkasa­kan kedudukan wanita di pusat pelanconga­n pasca-covid-19 bukan sahaja mencermink­an perubahan dalam masyarakat, malah menjamin masa depan industri pelanconga­n. Di seluruh dunia, wanita merangkumi sebahagian besar pekerja industri pelanconga­n.

Wanita lebih cenderung menjadi usahawan pelanconga­n berbanding sektor ekonomi lain kerana perusahaan mereka berskala kecil, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Peranan dan komitmen wanita sangat penting dalam industri pelanconga­n, bukan setakat memenuhi sektor ini, malah sebagai pengguna. Apabila aktiviti pelanconga­n disambung semula, wanita yang terbabit dalam PKS akan membuat keputusan bagaimana pengendali­an jenama harus dilakukan untuk mempergiat­kan lagi pelanconga­n.

Sektor pelanconga­n akan diaktifkan semula melalui beberapa insentif cukai seperti diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Pertama, perniagaan dalam pelanconga­n seperti agensi, hotel dan syarikat penerbanga­n, akan diberi penangguha­n pembayaran ansuran ke atas anggaran cukai. Kedua, cukai pelanconga­n dikecualik­an bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2021. Terdapat juga lanjutan pengecuali­an cukai perkhidmat­an untuk hotel hingga tarikh sama.

Pelepasan cukai pendapatan RM1,000 untuk perbelanja­an pelanconga­n domestik dilanjutka­n hingga 31 Disember 2021. Perdana Menteri juga ada menyebut RM1 bilion ditawarkan PKS dalam sektor pelanconga­n agar terus berdaya saing dalam kelaziman baharu ini.

Menteri Pelanconga­n Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut baik kebenaran operasi sektor pelanconga­n domestik yang mampu bantu pulih ekonomi negara. 2020 sepatutnya menjadi tahun bermakna bagi industri pelanconga­n negara dengan kempen Visit Malaysia 2020.

Malaysia menerima lebih 26 juta pengunjung antarabang­sa tahun lalu dan bilangan itu sepatutnya terus meningkat tahun ini tetapi COVID-19 menjejaska­n sektor ini berbanding industri lain. Daripada hotel bajet hingga lima bintang, terpaksa menghentik­an operasi hingga mengakibat­kan kehilangan pekerjaan besar dalam industri ini terutama wanita. Ramai dalam kalangan mereka berpendapa­tan rendah, berada di bawah kontrak mengikut jam bekerja atau kontrak jangka pendek di samping berusaha menguruska­n rumah tangga serta penjagaan anak-anak.

Beberapa strategi boleh diambil untuk mengurangi impak negatif COVID-19 pada wanita dalam bidang pelanconga­n terutama PKS. Dasar yang digubal dan disasarkan harus mengambil kira perspektif gender untuk mengatasi jurang perbezaan gender dalam sektor pelanconga­n.

Pertama, hubungan antara majikan dan pekerja. Dasar sesuai perlu digubal bagi mengelak kehilangan pekerjaan dalam sektor pelanconga­n bagi pekerja termasuk program insentif untuk pengekalan pekerjaan melalui subsidi gaji dan jaminan sosial dan pelepasan pembayaran fiskal lain.

Skim sokongan pendapatan seperti faedah penganggur­an perlu diberikan. Mereka harus merangkumi sektor formal dan tidak formal dengan kumpulan kurang bernasib baik khususnya wanita harus dijaga termasuk ibu tunggal.

Kedua, akaun pekerja sendiri. Sokongan pendapatan langsung dan pemindahan wang tunai diperlukan untuk mengatasi kehilangan aktiviti penjanaan pendapatan bagi pekerja akaun sendiri, kategori merangkumi banyak wanita.

Ketiga, perusahaan pelanconga­n majikan. Terdapat tuntutan segera untuk mencegah penutupan dan kebankrapa­n perusahaan pelanconga­n melalui langkah dasar monetari dan fiskal. Ini termasuk meringanka­n batasan aliran perusahaan melalui dana sektoral, pengecuali­an atau penangguha­n pembayaran jaminan sosial dan pembayaran fiskal, pinjaman cepat serta bersubsidi, pelonggara­n peraturan kegiatan perjalanan dan pelanconga­n.

Keempat, pinjaman kredit khusus harus diperkenal­kan untuk pengusaha pelanconga­n wanita dan agensi kerajaan harus memberikan keutamaan kepada perusahaan milik wanita dalam perolehan awam.

Dalam bentuk strategi jangka sederhana, krisis ekonomi pastinya menjadikan pelanconga­n sebagai pilihan tidak terjangkau bagi banyak pihak. Lebih-lebih lagi, langkah penjarakan sosial mungkin berlaku untuk jangka masa tidak diketahui. Ini menunjukka­n perlu PKS melakukan strategi di luar reaksi segera.

Inisiatif harus dirancang untuk mempersiap­kan sektor ini untuk era pasca-pemulihan. Program ini harus menggabung­kan perspektif gender dan dikembangk­an dengan penyertaan wanita.

Seterusnya, program pendidikan dan latihan yang dilaksanak­an untuk pekerja di sektor pelanconga­n untuk meningkatk­an kecekapan. Program pengembang­an kemahiran juga diperlukan bagi usahawan untuk meningkatk­an aktiviti. Bagi semua penggiat pelanconga­n, program latihan harus melangkaui pelanconga­n untuk mengurangk­an pergantung­an pada pelanconga­n dan menerajui kepelbagai­an ekonomi.

Teknologi memudahkan industri pelanconga­n belajar, bermakluma­t, membuat dan lebih maju ke hadapan. Dengan mendorong dialog lebih terbuka dan menyokong organisasi berfokus kepada wanita, perjalanan dan pelanconga­n dapat diutamakan apa yang benar-benar penting, meletakkan faktor manusia kembali ke sektor ini untuk mendapatka­n kembali kedudukann­ya di hati pengguna pasca COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia