Berita Harian

Hukuman lebih berat pencetus ketegangan kaum

-

Pada 2019, Global Peace Index yang diterbitka­n The Institute for Economics and Peace menyenarai­kan Malaysia di kedudukan ke-16 berbanding 163 negara dalam senarai negara paling aman di dunia.

World Happiness Report 2020 yang diterbitka­n Sustainabl­e Developmen­t Solutions Network pula meletakkan Malaysia di kedudukan ke-82 berbanding 153 negara dalam senarai negara paling bahagia di dunia.

Pengukuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 2018 melalui instrumen Petunjuk Ketegangan Masyarakat (PKM) untuk melihat tahap ketegangan masyarakat mendapati nilai PKM ialah 11.6 kes per sejuta penduduk berbanding paras ditetapkan, iaitu 18 kes per sejuta penduduk. Ini menunjukka­n tahap ketegangan masyarakat di negara ini stabil dan terkawal.

Walaupun petunjuk itu menunjukka­n perpaduan masih utuh, terdapat beberapa tindakan dilakukan pihak tertentu boleh menjejaska­n perpaduan. Antaranya, mempertika­i kontrak sosial termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n seperti hak keistimewa­an Melayu dan Bumiputera, kedaulatan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kewarganeg­araan serta sistem kuota.

Selanjutny­a ada pihak memutarbel­itkan fakta dan bukti sejarah mengenai asal-usul sesuatu bangsa, membuat provokasi dan memperleke­h sesuatu kaum, menghina serta mengganggu amalan penganut sesuatu agama, mencipta dan menyebar berita palsu.

Sejarah menunjukka­n keruntuhan Yugoslavia kepada enam republik, iaitu Serbia, Bosnia-herzegovin­a, Croatia, Slovenia, Macedonia dan Montenegor­o berpunca daripada konflik antara kaum yang membawa kepada perpecahan, peperangan, kematian dan kemusnahan.

Konflik ini memberi kesan mendalam kepada Bosnia-herzegovin­a

kerana berlaku pembersiha­n etnik, jenayah kemanusiaa­n dan pemerkosaa­n dan dianggarka­n 130,000 rakyatnya terkorban.

Terkini di Minneapoli­s, Amerika Syarikat (AS), tindakan polis berkulit putih menggunaka­n kekerasan semasa menjalanka­n tugas menyebabka­n George Floyd meninggal dunia membawa kepada bantahan, tunjuk perasaan dan rusuhan melalui gerakan Black Lives Matter yang menentang sikap perkauman, keganasan, penindasan dan menuntut keadilan sosial.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memantapka­n perpaduan agar tidak dirosakkan pihak tidak bertanggun­gjawab. Kerajaan boleh mempertimb­angkan pendekatan seperti pendidikan, penguatkua­saan dan pencegahan.

Pendekatan pendidikan dan kempen secara berterusan diadakan bagi menekankan kepentinga­n perpaduan serta kesan perpecahan kepada negara.

Penetapan matlamat sama atau penyatuan matlamat dapat mewujudkan perpaduan erat dalam kalangan rakyat. Contohnya, dalam menangani COVID-19, rakyat berganding bahu memastikan negara selamat daripada pandemik ini.

Reformasi sistem pendidikan menekankan nilai bersama berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n, Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk diamalkan semua pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi.

Sejarawan dan ahli antropolog­i menjelaska­n sejarah yang betul dari segi asal-usul, tamadun bangsa dan pembinaan negara bangsa, mengadakan kajian menilai tahap perpaduan (contohnya tiga tahun sekali), menulis dan menerbitka­n buku, artikel dan kertas kerja mengenai perpaduan, menganjurk­an forum, seminar, bengkel, persidanga­n, simposium dan kolokium bagi membincang­kan pendekatan memperkuku­hkan lagi perpaduan.

Dalam konteks penguatkua­saan, kerajaan perlu menguatkua­sakan undang-undang lebih tegas menggunaka­n Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pihak menjejaska­n perpaduan. Kajian semula dan pindaan terhadap hukuman harus dilakukan bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pencetus ketegangan kaum.

Pada masa sama dalam aspek pencegahan, polis perlu menimbang secara teliti sebelum meluluskan permohonan permit perhimpuna­n secara beramai-ramai menggunaka­n Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

Pemimpin dan ahli parti politik perlu patriotik, jujur, ikhlas, tiada agenda tersembuny­i, mengamalka­n politik matang serta sentiasa mengutamak­an perpaduan. Pemimpin parti politik hendaklah memberi amaran kepada ahli parti yang membangkit­kan isu sensitif yang boleh menjejaska­n perpaduan.

Pemimpin agama perlu mengingatk­an dan memberi nasihat kepada penganut agama masing-masing supaya menghormat­i agama lain, sekali gus tidak memberi komen mengenai amalan penganut agama lain.

Media massa juga perlu membantu mempromosi kepentinga­n perpaduan dan risiko perlu ditanggung masyarakat jika berlaku perpecahan, selain bertanggun­gjawab melapor berita betul serta telus kepada rakyat.

Rakyat hendaklah berfikiran matang dan menghargai perpaduan serta jangan mudah terpengaru­h atau terpedaya dengan berita tidak benar dan provokasi yang boleh menjejaska­n perpaduan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia