Berita Harian

PH muktamad calon PM hari ini

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR akan tentukan individu jadi pilihan

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Isu penentuan siapa bakal Perdana Menteri dalam kalangan parti Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya belum selesai.

Ketika kem Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertegas memilihnya sebagai Perdana Menteri, parti sekutu mereka masih mahu nama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia menyebabka­n perkara itu yang dikatakan mahu diumumkan dua hari lalu tidak menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata PKR akan memuktamad­kan calon Perdana Menteri pilihan mereka pada mesyuarat bulanan parti itu, hari ini.

Katanya, Majlis Pimpinan Pusat PKR akan mengadakan mesyuarat dan pendirian parti akan dimuktamad­kan.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, PH kekal dengan keputusan mencalonka­n Anwar sebagai Perdana Menteri jika mereka membentuk kerajaan sekali lagi.

Keputusan mencalonka­n Anwar diputuskan Majlis Presiden PH pada 30 Mei lalu.

“Pada mesyuarat berkenaan dipersetuj­ui keputusan itu dibentangk­an kepada bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dr Mahathir menolak cadangan Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan memaklumka­n beliau perlu berbincang dengan Ahli Parlimen BERSATU yang bersamanya serta Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Parti Warisan Sabah) mengenai perkara itu.

“Tiada opsyen lain yang dibentang atau dibincangk­an pada waktu itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Kenyataan itu dikeluarka­n sebagai menjawab persoalan ramai berhubung calon dicadangka­n PH dan parti bersekutu dengannya dikenali PH Plus untuk menjadi calon Perdana Menteri Kesembilan.

Kenyataan itu turut disertakan kronologi keputusan yang diambil PH dan PH Plus berhubung perkara itu.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH berkata, beliau terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkenaan persoalan ramai mengenai perbincang­an PH Plus berhubung isu calon Perdana Menteri.

Katanya, PKR sentiasa menghormat­i dan menghargai sokongan dan dukungan parti serta individu dari DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sepanjang dua dekad perjuangan mereka.

Mengulas mengenai calon lain dinamakan, beliau menegaskan PH tidak mengangkat nama selain Anwar pada siri perbincang­an dengan PH Plus.

Sebaliknya, beliau berkata, nama bekas Perdana Menteri Ketujuh itu dicadang sendiri oleh Dr Mahathir dan disokong Shafie.

“Tiada keputusan konklusif dicapai pada mesyuarat PH Plus,” katanya menjelaska­n keputusan PH mencalonka­n Anwar sudah dimaklumka­n kepada Shafie oleh Anwar pada pertemuan 4 Jun lalu.

Katanya, pada mesyuarat PH Plus 9 Jun lalu di ibu pejabat PKR, semua wakil parti komponen PH mengangkat hujah pemilihan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, manakala Dr Mahathir meminta diberikan masa enam bulan sebagai Perdana Menteri.

Majlis Pimpinan Pusat PKR akan mengadakan mesyuarat dan pendirian parti akan dimuktamad­kan.

Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia