Berita Harian

Menteri Sabah mengaku tak salah 1 lagi kes

-

Kota Kinabalu: Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, Datuk Peter Anthony, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, semalam atas satu lagi pertuduhan bersubahat kes pecah amanah membabitka­n pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15,545,400.

Peter membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 409 kanun sama.

Peter didakwa melakukan kesalahan antara 22 Julai 2014 hingga 19 November 2015 di Beverly Hills Plaza, Jalan Bundusan, Penampang, iaitu bersubahat dengan Michael Percius Ubu yang berperanan sebagai seorang ejen kepada RISDA dan atas kapasiti itu diamanahka­n wang berjumlah RM15,545,400, yang dibayar melalui cek Bank Muamalat ke dalam akaun Ambank milik Tetuan Michael Ubu & Co.

Bayaran itu adalah 10 peratus daripada harga jualan bagi pembelian tanah ladang kelapa sawit seluas 6,768.688 ekar (2,739.191 hektar) di Sungai Pinangah dan Sungai Labau, Tongod dan harta itu dengan curangnya dilepaskan, melanggar kontrak dengan RISDA dan kesalahan berkenaan adalah hasil persubahat­an tertuduh.

Terdahulu dalam prosiding itu, peguam yang mewakili Peter memohon mahkamah mengguna pakai semula jaminan dan syarat tambahan yang dikenakan terhadap tertuduh dalam kes sebelum ini memandangk­an kes berkenaan adalah berkaitan.

Pada 11 Jun lalu, Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta, juga berkaitan pembelian tanah RISDA.

Dalam kes itu, mahkamah membenarka­n Peter diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin tempatan, serta dua syarat tambahan iaitu pasport

Peter keluar

antarabang­sa diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali dalam dua bulan.

Sehubungan itu, mahkamah semalam membenarka­n permohonan mengguna pakai jaminan terdahulu dan Peter hanya perlu menandatan­gani surat jaminan baharu serta sebutan semula kes berkenaan pada 4

Ogos ini, bersekali dengan kes terdahulu dihadapiny­a.

Pendakwaan dikendalik­an oleh empat Timbalan Pendakwa Raya SPRM iaitu Mohamad Fadhly Mohamad Zambry, Nartiah F Mirchelle Sambatan, Amin Fakri dan Mohd Faliq Basarudin manakala Peter diwakili empat peguam iaitu Dominic Chew, Datuk Douglas Lind, Martin Tommy dan Luke Ressa Balang.

 ?? (Foto Malai Rosmah Tuah/bh) ?? dari Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto Malai Rosmah Tuah/bh) dari Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia