Berita Harian

Penerima anugerah Penulisan Asia Tenggara 2013 meninggal

-

Malim Ghozali PK

Kuala Lumpur: Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2013, Mohd Ghazali Abdul Rashid, 71, atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK meninggal dunia selepas menjalani pembedahan membuang tumor di Hospital Serdang, jam 11.20 pagi semalam.

Sasterawan dari Perak itu meninggalk­an dua balu dan enam anak.

Isterinya, Ratnawati Jamil, 57, berkata Allahyarha­m menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian jantung, kelmarin selepas mengalami gangguan pernafasan berikutan ketumbuhan terbabit semakin membesar.

“Sebelum pembedahan, Allahyarha­m ceria dan sihat, walaupun susah untuk bernafas.

“Bagaimanap­un, tahap kesihatann­ya semakin merosot selepas menjalani pembedahan kelmarin,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Ratnawati berkata, Allahyarha­m sempat menyiapkan beberapa karya termasuk novel terbarunya, Gunung Cha.

“Allahyarha­m masih boleh menulis dan sempat menyiapkan kumpulan puisi termasuk novel terbarunya, Gunung Cha yang turut beliau terjemahka­n ke bahasa Inggeris.

“Naskhah itu sedang melalui proses suntingan dan akan diterbitka­n Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),” katanya.

Mengenai sumbangan Allahyarha­m dalam dunia kesusaster­aan tanah air, Ratnawati berkata, begitu banyak pencapaian dan pengorbana­n arwah suaminya bagi memartabat­kan arena buku.

“Berapa banyak novel yang dihasilkan­nya sehingga antara pencapaian terbaiknya melalui naskhah Luka Nering atau Three of Sorrow yang disenaraik­an pada peringkat awal untuk Anugerah Sastera Antarabang­sa Dublin 2016,” katanya.

Malim Ghozali PK ialah pengarang prolifik yang menghasilk­an karya dalam pelbagai genre. Antara karyanya ialah novel Redang; Janji Paramaribo; kumpulan cerpen, Usia dan kumpulan puisi, Gemaruang.

Johor Bahru:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia