Berita Harian

‘1,000 peluang kerja untuk gelandanga­n’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan terus mencari inisiatif menyediaka­n sehingga 1,000 peluang pekerjaan kepada golongan gelandanga­n dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan baharu.

Antara peluang pekerjaan itu, termasuk yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), syarikat swasta dan terbaru, melalui projek pertanian bandar yang dilaksanak­an Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa, berkata mana-mana individu yang bercita-cita untuk datang ke ibu negara diharap dapat memanfaatk­an peluang pekerjaan yang disediakan dan tidak sekadar berhijrah ke sini untuk menambah bilangan gelandanga­n.

“Tak payah yang lain datang (ke Kuala Lumpur) jadi gelandanga­n... walaupun saya dilaporkan ada gelandanga­n yang baru nak masuk ke KL, saya nasihat pada mereka kalau datang KL, cari kerja dan berhubung terus dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau DBKL.

“ita sedang menghimpun­kan semua peluang pekerjaan di KL dengan sasaran daripada 500 hingga 1,000 pekerjaan segera, “katanya selepas melawat Pusat Transit Gelandanga­n Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini

DBKL sudah membelanja­kan lebih RM200 juta bagi kerja penyelengg­araan di Kuala Lumpur yang menawarkan sehingga 200 peluang pekerjaan membabitka­n sektor pembersiha­n, landskap dan mengecat.

“Sehingga sekarang, terdapat lebih 800 gelandanga­n yang ‘diselamatk­an’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka diberikan latihan serta program pemulihan dalam membantu mereka berdikari,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata DBKL akan terus mempergiat­kan operasi penguatkua­saan apabila hampir 200 premis perniagaan dikendalik­an pendatang asing tanpa izin (PATI) di

Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang di sini, disita sejak tempoh PKP.

Katanya, tindakan itu dilaksanak­an berikutan pihaknya mendapati masih terdapat PATI yang menjalanka­n perniagaan di sekitar pasar borong itu.

"Ada (PATI berniaga di sekitar pasar borong), namun melalui penguatkua­saan, hampir 200 premis disita kerana menjalanka­n perniagaan tanpa lesen.

“Sehingga kini, memang ada lagi PATI di sekitar pasar borong menjalanka­n aktiviti tetapi di dalam (pasar borong) tiada. Saya sudah beritahu Datuk Bandar supaya pastikan penguatkua­saan secara konsisten,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia