Berita Harian

Sarjan Jenain meninggal

-

Shah Alam: Bekas anggota polis, Sarjan Jenain Subi, 58, yang dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana menyebabka­n kematian remaja lelaki berusia 15 tahun, Aminulrasy­id Amzah, 10 tahun lalu, meninggal dunia, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata Allahyarha­m Jenain meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung jam 11.15 pagi di hadapan sebuah kedai serbaneka di Shah Alam ketika hendak membeli makanan kucing.

“Difahamkan, beliau jatuh di hadapan kedai berkenaan serta cuba untuk bangun sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarha­m kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Noor Azam berkata, Allahyarha­m baru sahaja bersara pilihan minggu lalu dan masih menetap di kuarters polis di Seksyen 20, dekat sini.

Sebelum bersara, beliau bertugas di bahagian pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Difahamkan, jenazahnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kapar,

Jenain Subi

Klang, petang kelmarin.

Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaska­n Jenain daripada tuduhan menyebabka­n kematian Aminulrasy­id di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi pada 26 April 2010.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September 2011.

Dalam penghakima­nnya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhent­ikan kereta Proton Iswara dipandu Aminulrasy­id dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia