Berita Harian

Pelajar rugi RM99,040 diperdaya Macau Scam

-

Seremban: Seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun kerugian RM99,040 selepas diperdaya sindiket Macau Scam, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superinten­dan Aibee Ab Ghani, berkata dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki menerusi nombor +8708741078­6 yang mendakwa dia adalah suspek kes pengubahan wang haram dari akaun bank JP Morgan Chase.

“Selepas itu, mangsa disambungk­an kepada seorang lagi lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Pozlan dan kemudian disambung kepada seorang lagi lelaki bernama Muhammad Redza.

“Suspek telah meminta semua maklumat berkenaan akaun bank mangsa dengan alasan untuk memeriksa kes itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mangsa juga memberikan semua maklumat dan semua 23 nombor TAC bank di nombor 011-39321339.

“Apabila mangsa membuat semakan, dia mendapati wang dalam akaunnya telah dipindahka­n ke beberapa akaun tidak dikenali,” katanya.

Aibee berkata, siasatan ke atas nombor telefon +8708741078­6 yang digunakan suspek mendapati terdapat dua kes lain yang direkodkan yang membabitka­n kerugian RM6,750, manakala satu lagi nombor telefon, merekodkan lima kes penipuan membabitka­n kerugian RM30,459.

Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh 1 Januari sehingga 16 Jun lalu, terdapat 127 kes Macau Scam direkodkan di Negeri Sembilan membabitka­n kerugian RM3.7 juta dengan 60 individu ditahan. BERNAMA

Apabila mangsa membuat semakan, dia mendapati wang dalam akaunnya telah dipindahka­n ke beberapa akaun tidak dikenali.

Aibee Ab Ghani,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia