Berita Harian

Australia tahan dua rakyat Malaysia disyaki seludup dadah

-

Kuala Lumpur: Dua lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia selepas disyaki mendalangi kegiatan penyeludup­an 360 kilogram dadah jenis kristal methamphet­amine dianggarka­n bernilai AUD180 juta (RM530 juta) yang disorok di dalam kontena perabot, kelmarin.

Polis Persekutua­n Australia dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n kedua-dua suspek berusia 44 dan 45 tahun itu berjaya ditahan susulan penahanan seorang lelaki warga Australia pada hari sama.

Katanya, suspek warga Australia berusia 36 tahun itu ditahan awal pagi kelmarin di sebuah kediaman di Patterson Lake,

Melbourne sebelum polis menahan dua suspek warga Malaysia di sebuah rumah di Pusat Perniagaan Melbourne.

Penahanan ketiga-tiga suspek dilakukan menerusi Operasi TIRIDATES yang dijalankan bersama antara AFP dan Pasukan Sempadan Australia (ABF).

“Operasi itu dimulakan sejak 8 Jun lalu selepas petugas ABF menemui 18 kotak yang disorok di dalam kontena berisi pelbagai perabot yang tiba di Melbourne melalui jalan laut dari Malaysia.

“Semua kotak itu tidak disenaraik­an sebagai barangan dalam kontena terbabit dan apabila pemeriksaa­n lanjut dijalankan, kita dapati kotak itu mengandung­i bungkusan kecil yang dibalut dengan pembalut aluminium.

“Hasil ujian yang jalankan ke atas bahan kristal putih yang terdapat dalam bungkusan itu mendapati ia adalah methapheta­min. Dadah seberat 180 kilogram itu boleh disalah guna 3.9 juta pengguna di Melbourne,” kata kenyataan itu.

Katanya lagi, warga Australia kini ditahan reman dan akan didakwa ke mahkamah dalam masa terdekat, manakala dua suspek warga Malaysia dituduh di Mahkamah Majistret Melbourne, semalam kerana cuba menyeludup dadah kawalan ke negara terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia