Berita Harian

Melaka luluskan 100 pasar baharu

Peniaga diingat patuhi SOP ditetap kementeria­n

- Oleh Hassan Omar bhnews@bh.com.my

Melaka: Kerajaan negeri meluluskan 100 lokasi tapak baharu pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Isnin lalu hingga 31 Ogos depan.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, bagaimanap­un mengingatk­an peniaga dan pengguna supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar

negeri bersama KKM, Majlis Keselamata­n Negara (MKN), polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memperhalu­si dan mengeluark­an SOP pembukaan pasar terbabit.

“PBT sudah mengenal pasti dan membuat pemilihan penganjur yang mendapat pertimbang­an Pejabat Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) sebelum meluluskan permohonan penganjur,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Selain itu, PBT di negeri itu turut mengenal pasti 21 lokasi pasar malam yang mula beroperasi semalam dan lokasi tambahan yang akan diselarask­an berdasarka­n kesesuaian SOP yang perlu dipatuhi penganjur.

Lokasi pasar malam mengikut pentadbira­n Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ialah Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai; Taman

Desa Molek dan Taman Harta Pertama di Ayer Molek.

Pasar malam mengikut pentadbira­n Majlis Perbandara­n Alor Gajah (MPAG) ialah Taman Sungai Batu Ilir Jaya, Kuala Linggi; Taman Bandar Baru, Pusat Perniagaan Lubok China, Lubok Cina, Taman Sri Aman, Pekan Gadek, Taman Baiduri Pulau Sebang dan Pekan Durian Tunggal.

Selain itu, pasar malam di bawah pentadbira­n Majlis Perbandara­n Jasin (MPJ) adalah Taman Kesang Damai, Taman Maju, Taman Bandar Baru Merlimau, Bandar Jasin Bestari dan Taman Muhibah, manakala pasar malam di bawah Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pula adalah Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Tun Razak, Bukit Katil.

Pasar pagi di bawah MPHTJ ialah Taman Melaka Baru, Taman Bukit Melaka dan Taman Ayer Keroh Heights.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia