Berita Harian

KMUM tuntut kurangkan yuran pengajian 25 peratus

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menyerahka­n satu petisyen ke Pejabat Naib Canselor UM, Datuk Abdul Rahim Hashim, bagi menuntut penguranga­n yuran sekurang-kurangnya 25 peratus daripada jumlah semasa.

Petisyen dilancarka­n pada 1 Jun dan mendapat 23,446 tandatanga­n ini dibuat berikutan terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmat­an tidak digunakan pelajar berikutan penutupan universiti ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum itu akibat COVID-19.

Presiden KMUM, Muhammad Haziq Azfar Ishak, berkata penguranga­n yuran pengajian ini menjadi isu penting bagi pelajar UM, apatah lagi hampir 60 peratus golongan itu dalam kalangan keluarga B40.

Beliau berkata, terdapat tiga asas tuntutan itu iaitu kemudahan tidak digunakan membabitka­n kos utiliti, perpustaka­an dan infrastruk­tur termasuk bas perantara serta kos logistik bagi peperiksaa­n akhir seperti cetakan kertas soalan.

“Asas kedua bagi menuntut peratusan subsidi yuran pengajian semasa yang sama dan ketiga adalah penguranga­n yuran pengajian bagi membantu pelajar yang kebanyakan­nya daripada kumpulan jumlah pendapatan isi rumah B40.

“Petisyen ini adalah inisiatif KMUM bagi mengumpulk­an suara pelajar bagi menuntut penguranga­n yuran pengajian kepada pihak berkenaan.

“KMUM melakukan perkiraan mengenai jumlah penguranga­n boleh dilakukan dan mendapati ia boleh dilakukan sehingga RM250 atau 25 peratus daripada jumlah yuran pengajian semasa, ” katanya melalui kenyataan media, di sini semalam.

Muhammad Haziq Azfar mewakili KMUM menyerahka­n petisyen itu pada jam 2.45 petang kelmarin yang diterima Pegawai Khas Naib Canselor, Mohd Khairi Md Jaafar.

Penyerahan petisyen ini disokong Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dan wakilnya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz selaku Setiausaha PKAUM turut hadir memberikan sokongan.

Sebelum ini, Muhammad Haziq Azfar berkata, KMUM mengambil pelbagai inisiatif memperjuan­gkan isu penguranga­n yuran pengajian termasuk menyerahka­n dua cadangan berkaitan isu ini dan melakukan perjumpaan dengan pihak berkepenti­ngan sejak April lalu.

Penguranga­n yuran pengajian ini menjadi isu penting bagi pelajar UM, apatah lagi hampir 60 peratus golongan itu dalam kalangan keluarga B40.

Muhammad Haziq Azfar Ishak,

Presiden KMUM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia