Berita Harian

Mushaf al-quran Terengganu lebih halus, mewah

Negeri itu menjadi pusat penulisan manuskrip terkenal, menghasilk­an salinan yang turut dikatakan sama dengan naskhah dari India, Turki

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Tradisi penulisan mushaf alQuran berkembang sangat pesat sejajar keagungan kitab suci yang menjadi pedoman umat Islam sehingga ke hari ini.

Penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia juga menjadikan usaha penulisan al-quran yang sebenarnya sudahpun bermula sejak penurunan wahyu oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menjadi warisan zaman berzaman dalam tradisi Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, penulisan mushaf al-quran diteruskan oleh kepemimpin­an Khulafa al-rasyidin khususnya Sayidina Abu Bakar dan Uthman RA sehingga kepada era kebangkita­n empayar Islam.

Pada era lampau, sultan dan pemerintah menjadi peneraju bagi tradisi ini antaranya ketika empayar Islam seperti Mamluk dan Turki Uthmaniyya­h.

Malah, usaha bagi penulisan mushaf al-quran ini turut sampai di Asia Tenggara seawal abad ke-18.

Ketua Pusat Penyelidik­an Mansukrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria, berkata pada awal dakwah Islam, hanya alquran yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW untuk ditulis.

“Ketika itu, bahan lain tidak dibenarkan untuk ditulis secara fizikal untuk mengelakny­a daripada bercampur dengan ayat alquran.

“Disebabkan itu, keperluan untuk penjilidan manuskrip Islam bermula agak lewat daripada sejarah penulisan Islam itu sendiri.

“Usaha penjilidan mula timbul seiring usaha menghimpun­kan teks al-quran ketika zaman pemerintah­an Sayidina Abu Bakar pada 632 hingga 634 Masihi dan Sayidina Uthman RA (644 hingga 656 Masihi),” katanya dalam Wacana Antarabang­sa Manuskrip al-quran Emas: Warisan Kesultanan Terengganu di Kuala Terengganu.

Wacana itu dianjurkan Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ros Mahwati berkata, teks al-quran pada ketika itu dilihat perlu dikumpul dalam bentuk naskhah bagi mengelakka­n ia tercicir atau hilang.

“Pada waktu itu, penjilidan diperlukan apabila semua teks al-quran dikumpulka­n bagi melindungi setiap helaian.

“Justeru, seni penjilidan manuskrip Islam ini kemudian dikenali dalam kebanyakan penyelidik atau pengumpul manuskrip Islam di Barat sebagai Arabic atau Islamic bookbindin­g,” katanya.

Menurutnya, ramai tokoh penjilid dalam sejarah Islam yang dilahirkan dan mereka dikenali sebagai mujallid atau warraq.

“Kumpulan penjilid atau mujallid ini juga boleh jadi orang yang menulis atau penyalin.

“Selepas menyalin helaian manuskrip itu, mereka juga mengumpul bahan berkenaan untuk dijilid dan diberikan kepada orang yang memerlukan­nya,” katanya.

Antara mujallid tersohor pada zaman kebangkita­n Islam, termasuk Ibnu Abi Harish dan Abu Isa Ibnu Shiran pada abad ke-9; Qadi Hanifa al-nuq’man (abad ke-10) dan Ibnu Khalaf serta Muqaddasi (abad ke-11).

“Misalnya, Abu Isa Ibnu

Shiran ialah penjilid pada zaman Abbasiyyah sewaktu kewujudan perpustaka­an yang diasaskan Khalifah al-makmun pada abad ke-9.

“Sementara itu, Qadi Haniffa al-nuq’man ialah penjilid abad ke-10, iaitu penjilid zaman kerajaan Fatimiyyah.

“Muqaddasi pula ialah seorang pengembara, tetapi sangat berbangga kerana mempunyai kemahiran untuk menjilid,” katanya.

Mengulas lanjut, Ros Mawati berkata, alam Melayu turut mewarisi usaha penulisan alquran sejak abad ke-19 Masihi lagi.

Katanya, era Kesultanan Terengganu antara zaman yang menyerlah dan sangat bertanggun­gjawab dalam menaungi aktiviti penulisan manuskrip khususnya berkaitan al-quran.

“Beberapa Sultan Terengganu menghasilk­an mushaf al-quran yang tersendiri di bawah zaman pemerintah­annya.

“Terengganu juga mempunyai satu pusat penulisan manuskrip yang dikenali ramai, iaitu Pulau Penyengat.

“Ia juga satu pusat dagangan dengan pedagang dari Asia Barat dan India datang ke Pantai Timur itu selepas kejatuhan kerajaan Melaka,” katanya.

Beliau berkata, ada dalam kalangan pedagang ini berkemahir­an untuk menghasilk­an mushaf al-quran.

“Mereka datang dan menetap di Terengganu, sekali gus menjadikan seni itu diwarisi oleh penduduk setempat.

“Walaupun mushaf al-quran Terengganu dikaitkan mempunyai persamaan dengan naskhah di India dan Turki, berdasarka­n penyelidik­an, susunannya lebih halus dengan pembuatan yang mewah pada perada emas menghiasi jilidnya,” katanya.

Walaupun mushaf al-quran Terengganu dikaitkan mempunyai persamaan dengan naskhah di India dan Turki, berdasarka­n penyelidik­an, susunannya lebih halus dengan pembuatan yang mewah pada perada emas menghiasi jilidnya.

Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria,

Ketua Pusat Penyelidik­an Mansukrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM

 ??  ??
 ?? Kulit naskhah al-quran Emas Terengganu. (Foto ihsan ATMA UKM) ??
Kulit naskhah al-quran Emas Terengganu. (Foto ihsan ATMA UKM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia