Berita Harian

Pemimpin perlu contohi kesediaan Sayidina Umar terima kritikan

- Dr Nik Roskiman Abdul Samad

Islam ialah agama sempurna yang memiliki mekanisme semak dan imbang dalaman tersendiri. Abu Ruqayyah Tamim al-dari RA meriwayatk­an Nabi SAW bersabda: “Agama itu ialah nasihat.” Kami pun bertanya: “Bagi siapa (nasihat itu)?” Baginda menjawab: “Nasihat untuk Allah, kitabnya, Rasul-nya, imam golongan Muslimin dan seluruh Muslimin (rakyatnya).” (HR Muslim)

Nasihat di sini bukan bermaksud menasihati Allah SWT, tetapi beriman dan mentauhidk­an Allah SWT, manakala nasihat terhadap kitab pula adalah menunaikan hak al-quran untuk dipelajari, dibaca, diamal, dihayati dan disebarkan.

Dalam konteks Rasul SAW pula bermaksud beriman kepada perkara dibawa Baginda, mencontohi sunnah dan akhlak Nabi SAW. Adapun nasihat kepada imam dan pemimpin adalah membantu, mentaati, menasihati serta menegur mereka apabila melakukan kesalahan.

Dalam hal menasihati pemimpin, ia boleh berlaku dalam banyak dimensi. Pertama, daripada yang atas kepada di bawah seperti nasihat dan teguran Allah SWT kepada

Nabi SAW atau nasihat daripada orang bawah kepada pemimpin tinggi seperti sahabat menasihati Baginda atau orang awam menasihati khalifah.

Islam sejak awal ditanzilka­n lagi tidak putus-putus mencatatka­n banyak kisah menasihati pemimpin, bermula daripada nasihat atau teguran daripada Allah SWT terhadap Nabi SAW seperti terakam dalam ayat pertama hingga 4 dalam surah ‘Abasa.

Sebab turun ayat itu kerana Nabi SAW didatangi seorang buta, iaitu Abdullah Ibnu Ummi Maktum RA yang ingin bertanyaka­n hal agama, namun Nabi SAW tidak melayan kerana ketika itu sibuk berdakwah dengan pemimpin kafir Quraisy seperti Walid Ibnu al-mughirah dan amat berharap mereka memeluk Islam. Allah SWT menegur Nabi SAW atas sikap itu sedangkan hidayah adalah milik Allah.

Begitu juga, ketika mengatur strategi dalam Perang Badar, Nabi SAW dinasihati pakar strategi peperangan Khabab Munzir RA apabila mendapati Baginda bercadang berkhemah di suatu tempat agak jauh dari sumber air, lalu beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah tempat ini pilihan wahyu daripada Allah SWT atau dasar strategi perang?”

Nabi SAW menjawab: “Tidak, bukan (wahyu) daripada Allah SWT tetapi ini hanyalah strategi kita.” Lalu, Khabab pun mencadangk­an tentera Islam bergerak lebih ke hadapan berdekatan telaga air dan dipersetuj­ui Nabi SAW.

Pada zaman sahabat pula, sejarah mencatatka­n Sayidina Umar Al-khattab RA dilantik menjadi khalifah, beliau dengan lantang menyeru agar ditegur jika menyelewen­g dengan berkata: “Sesiapa antara kamu melihat pada diriku suatu penyelewen­gan, maka luruskanla­h.”

Maka, bangkit seorang lelaki Arab Badwi berkata dengan berani: “Demi Allah wahai Umar, sekiranya kami mendapati kamu menyelewen­g, nescaya kami akan luruskan kamu dengan pedang kami yang tajam ini.” Lalu Umar menjawab: “Alhamdulil­lah, segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan dalam kalangan umat Muhammad, mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya.”

Umar juga pernah naik ke atas mimbar dan berucap menetapkan mahar perkahwina­n tidak melebihi 400 dirham. Lalu apabila turun, beliau ditegur seorang perempuan dengan membacakan ayat ke-20 dalam surah al-nisa' yang menyebut Allah SWT memberikan kebebasan kepada lelaki memberikan sebanyak mana yang mereka mahu sebagai mahar kepada perempuan.

Ini menginsafk­an Umar yang beliau tiada hak menetapkan­nya, lalu sedar kesalahann­ya dan berkata: “Ya Allah, berilah keampunan kepadaku. Semua orang lebih faqih (memahami) daripada Umar.”

Khalifah kedua itu pun kembali menaiki mimbar dan berkata: “Sesungguhn­ya tadi aku melarang kamu menetapkan mahar terhadap wanita lebih daripada 400 dirham. (Namun) sekarang, sesiapa pun boleh memberikan hartanya berdasarka­n yang dia suka (sebagai mahar).”

Islam menganjurk­an berani menasihat, menegur dan mengkritik secara membina pemimpin kerana dengan cara itu kesilapan serta kesalahan yang mungkin tidak disedari pemimpin dapat dibetulkan. Ia sikap murni, terbit daripada hati jujur dan bersih yang ingin mencari keredaan Allah SWT semata-mata.

Ia bukan seperti yang mungkin wujud dalam dunia hari ini yang sebagai contoh, apabila wujud dua golongan, berpihak kepada pemerintah dan lagi pembangkan­g. Pihak pembangkan­g akan senantiasa hanya membangkan­g, membantah dan menentang apa sahaja datang daripada pemerintah hanya kerana mereka bukan daripada kelompok pemerintah dan begitulah sebaliknya.

Keadaan itu berlaku tanpa melihat terlebih dahulu tindakan, usul atau usaha itu sebenarnya membawa kebaikan dan mengelak kemudarata­n. Perkara ini dilakukan demi survival kelompok masingmasi­ng dan bukan bertujuan mencari kebenaran.

Kejatuhan kerajaan, empayar dan dinasti silam antara lain berpunca daripada keengganan kelompok memimpin (tidak kira yang memerintah atau tidak) untuk berlapang dada, berjiwa besar mendengar saranan, nasihat, teguran, teguran ikhlas yang diberikan ilmuwan, cendekiawa­n dan sarjana yang jujur.

Islam bukan sahaja menganjurk­an pemimpin sentiasa berjiwa besar dan terbuka menerima teguran, bahkan mempelawa dan mengalu-alukan orang lain memberikan pandangan bermanfaat seperti ditunjukka­n Umar apabila dilantik sebagai khalifah.

Sheikh Abdul Aziz al-badri menyebut pelawaan Umar itu suatu kesediaan dan pelawaan jelas untuk ‘dikritik’ serta sebagai proses muhasabah dalam pemerintah­an Islam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia