Berita Harian

Arak hilangkan kewarasan manusia

- Dr Mohd Suhardi Mat Jusoh

Kita

dikejutkan banyak kemalangan maut membabitka­n pemandu mabuk. Statistik polis sepanjang 2019 menunjukka­n 23 kes kemalangan membabitka­n pemandu mabuk, manakala lima bulan pertama tahun ini pula menyaksika­n 21 nahas yang turut menyebabka­n lapan mangsa meninggal dunia.

Apa yang jelas, memandu di bawah pengaruh alkohol memberi implikasi bukan hanya membabitka­n mangsa dan keluarga, bahkan kepentinga­n awam. Rentetan itu, inisiatif kerajaan merombak pendekatan menangani isu ini khususnya melalui tinjauan kaji selidik Kementeria­n Pengangkut­an mengenai pengambila­n alkohol dan penguatkua­saan undangunda­ng lebih tegas wajar dan tepat pada masanya.

Ia selaras dengan penyelesai­an Islam, iaitu prinsip memelihara akal sebagai perkara sangat mustahak demi memelihara kelangsung­an hidup manusia. Justeru, Islam mengharamk­an arak kerana ia merosakkan akal sedangkan penjagaan akal antara tujuan maqasid syariah yang utama, selain menjaga agama, nyawa, keturunan dan harta.

Oleh itu, justifikas­i Islam terhadap pengharama­n arak jelas iaitu ia punca kerosakan akal dan mengandung­i banyak kemudarata­n. Allah SWT berfirman: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah; pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Al-baqarah: 219)

Berikutan itu, seseorang yang minum arak terlalu banyak dan kemudian memandu, membahayak­an pengguna jalan raya lain. Tidak hairanlah kita kerap melihat di media termasuk media sosial mengenai pemandu mabuk melawan arus, memandu secara melulu serta hilang pertimbang­an dan kewarasan ketika di jalan raya.

Dalam menangani isu ini, ketegasan dan pertimbang­an serius kerajaan dalam menentukan penyelesai­an efektif dan bersifat pencegahan untuk jangka panjang harus mengambil kira asas maqasid syariah dalam aspek pemelihara­an akal dan nyawa berdasarka­n prinsip umum, iaitu kemudarata­n wajib dihilangka­n.

Berdasarka­n prinsip ini, cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk sehingga boleh memberi pengajaran kepada orang lain, sekali gus memberikan pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarga mangsa amat selari dengan semangat maqasid syariah.

Malah cadangan ini juga sejajar justifikas­i hak kemanusiaa­n kerana polisi dan pendekatan hampir serupa dilaksanak­an di beberapa negara jiran. Di Thailand misalnya, pihak berkuasa mewajibkan pemandu mabuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa bagi menjamin kesinambun­gan hidup sekiranya mengakibat­kan kematian pengguna jalan raya lain.

Di Singapura pula, pemandu mabuk yang menyebabka­n kematian ditetapkan sebagai pesalah kali pertama dengan denda sebanyak RM20,500 atau penjara enam bulan. Bagi kesalahan kedua, denda dan tempoh penjara boleh meningkat 500 kali ganda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia