Berita Harian

Perbaharui nama, fungsi sektor 3D

Dapat kurangkan penganggur­an, pikat minat orang muda

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

sektor yang tidak popular dalam kalangan pekerja tempatan perlu dijenamaka­n semula dan diberi nafas baharu bagi membantu mengimbang­i peningkata­n kadar penganggur­an.

Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata Malaysia perlu mencontohi beberapa negara membangun lain yang menjenamak­an pekerjaan terutama dalam sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) dengan memberikan nama dan fungsi baru.

Beliau berkata, sebagai contoh pencuci, pembantu rumah, pengutip sampah, pengawal keselamata­n perlu dijenamaka­n seperti pengawai kebersihan atau pengurus rumah tangga bagi menarik minat pekerja tempatan, terutama generasi muda.

Ia sekali gus katanya dapat mengatasi peningkata­n kadar penganggur­an disebabkan COVID-19 ketika ini selain mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

“Ini bagi memastikan sektor itu tidak terus menjadi stigma yang tidak elok kepada masyarakat. Sebagai contoh, melakukan peningkata­n dari segi sosial bagi pekerjaan di ladang, selain memperluas­kan lagi kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) bagi menarik rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam sektor pembinaan kerana cuaca panas dan berbahaya.

“Memang wajar kita mengurangk­an pekerja asing yang banyak bekerja dalam sektor itu, pada masa sama, kita perlu menjadikan kerja itu menarik dengan gaji lebih tinggi, supaya rakyat kita terus bekerja untuk jangka panjang,” katanya pada forum maya Pasca COVID-19: Adakah Penganggur­an Satu Normal Baru.

Forum turut disertai tiga lagi ahli panel iaitu Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan; Presiden Majlis Perkhidmat­an Minyak & Gas Malaysia (MOGSC), Sharifah Zaida Nurlisha Syed Ibrahim dan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail.

Kadar penganggur­an Malaysia meningkat kepada 5 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu susulan pertambaha­n individu menganggur meningkat ketara kepada 778,800.

Ia kesan penutupan operasi bagi sebahagian besar perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mencetus faktor kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapatka­n pekerjaan.

 ??  ?? Shamsuddin Bardan
Shamsuddin Bardan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia