Berita Harian

Semperit AG mahu jual Latexx Partners RM300J

Top Glove Corp Bhd, Mqtech calon utama pemilik baharu pengilang sarung tangan getah

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Syarikat sarung tangan getah, Semperit Aktiengese­llschaft Holding of Austria (Semperit AG) bercadang melepaskan peganganny­a dalam pengilang sarung tangan getah Latexx Partners Bhd.

Menurut sumber, Latexx Partners yang dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada Jun 2013 selepas diambil alih syarikat berpangkal­an di Austria ditawarkan pada harga sekitar RM300 juta.

Sumber itu berkata, Top Glove Corp Bhd dan MQ Technology Bhd (Mqtech) muncul sebagai calon utama menjadi pemilik baru Latexx Partners.

“Rundingan harga mungkin lebih mudah dicapai oleh Top Glove yang memiliki pemodalan pasaran RM42 bilion dan menjadi nama besar dalam perniagaan berkaitan.

“Alternatif lain pula daripada syarikat lebih kecil seperti MQ Technology Bhd yang boleh dimuktamad­kan menerusi pembayaran tunai di tambah terbitan saham baharu. Ia boleh menjadi pilihan yang lebih bijak untuk menjadi sebahagian syarikat senaraian awam,” katanya.

Latexx Partners mempunyai kemudahan pembuatan di Kamunting Industrial Estate di Perak.

Syarikat itu diambil alih oleh Semperit AG pada harga RM2.30 sesaham dan warannya pada RM1.77 pada 2013.

Pengambila­lihan itu kemudian menjadikan Semperit AG sebagai pengeluar sarung tangan getah kedua terbesar dunia selepas Top Glove.

Antara anak syarikat Latexx Partners ialah Latexx Manufactur­ing Sdn Bhd yang berfungsi sebagai pengeluar sarung tangan getah, selain Medtexx Manufactur­ing Sdn Bhd terbabit dengan perdaganga­n sarung tangan getah dan penyewaan kilang dan mesin pembuatan sarung tangan.

Selain itu Latexx Partners juga memiliki Total Glove Company Sdn Bhd, syarikat yang merawat dan memproses getah getah asli sarung tangan pemeriksaa­n dan pembedahan, serta Worldmed Manufactur­ing Sdn Bhd yang turut berfungsi sebagai pedagang sarung tangan getah.

Sumber berkata, dengan krisis kesihatan yang dicetuskan COVID-19, Mqtech sedang meninjau peluang meneroka industri sarung tangan perubatan.

Katanya, Mqtech percaya industri berkenaan akan terus menjana keuntungan dalam tempoh terdekat.

“Justeru, perjanjian ini turut membabitka­n Mqtech dan hasil positif mungkin dapat dicapai dalam tempoh beberapa hari,” kata sumber yang tidak mahu identiti didedahkan.

Semperit AG adalah syarikat antarabang­sa yang membangun, menghasilk­an dan menjual produk getah khusus untuk sektor perubatan dan perindustr­ian seperti sarung tangan pemeriksaa­n dan pembedahan, hos hidraulik dan industri, tali sawat, pemegang eskalator, profil pembinaan , komponen kereta kabel dan produk untuk super-struktur kereta api.

Syarikat yang diasaskan pada 1824 beribu pejabat di Vienna selain turut mempunyai pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) global di Wimpassing, Lower Austria.

Kilang Latexx

 ??  ?? Partners di Kamunting, Perak.
Partners di Kamunting, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia