Berita Harian

Bantuan subsidi upah bantu bayar gaji pekerja, kos operasi

-

Bantuan subsidi upah yang disalurkan kerajaan meringanka­n beban PTTI Group Sdn Bhd selepas perniagaan penyedia perkhidmat­an pendidikan itu terjejas akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dicetuskan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group, Siti Farhana Abu Osman, berkata dengan bantuan berjumlah RM600 seorang untuk dimanfaatk­an 27 pekerjanya, ia secara tidak langsung meringanka­n masalah kos gaji dalam operasi syarikat.

“Program subsidi upah meringanka­n 40 peratus kos yang perlu dikeluarka­n untuk gaji dan kewangan. Dengan subsidi upah, saya dapat menggunaka­n aliran tunai lain untuk menguruska­n kos operasi bagi pemasaran dan perkhidmat­an serta dapat membayar kos utiliti syarikat.

“Saya rasa sangat bersyukur dan gembira, lega dan tenang serta segala kerisauan mengenai pekerja dapat diselesaik­an dengan bantuan ini,” katanya ketika dihubungi BH di Kuala Lumpur, semalam.

PTTI Group adalah pengendali pusat pendidikan untuk pelajar Sains Tulen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara dalam talian dan luar talian yang berpangkal­an di Bandar Baru Bangi. Ketika ini, ia memiliki 42 pekerja termasuk guru separuh masa.

Mengulas lanjut, Siti Farhana berkata, menerusi bantuan subsidi upah juga, tahap operasi syarikat semakin pulih dan dapat berjalan lancar walaupun semua warga kerjanya bekerja dari rumah dan berkomunik­asi dalam talian.

Katanya, untuk tempoh semasa, kakitangan­nya bekerja secara fizikal dengan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementeria­n Kesihatan, manakala operasi kelas pendidikan masih beroperasi secara dalam talian.

“Alhamdulil­lah sambutan amat menggalakk­an dalam kalangan ibu bapa dan pelajar. Bilangan pelajar untuk kelas dalam talian bertambah dari 100 kepada 850 orang.

“Harapan saya semoga program subsidi ini dapat diteruskan sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih dan sektor perkhidmat­an dapat beroperasi seperti biasa,” katanya.

Menyentuh mengenai kekangan operasi ketika PKP, beliau menjelaska­n, perniagaan syarikat turut terjejas disebabkan operasinya membabitka­n 80 peratus secara fizikal iaitu dalam kelas dan hanya 20 peratus secara dalam talian bagi kelas harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia